Malaysia hari ini ialah manifestasi sebuah negara yang berjaya.
Malaysia hari ini ialah manifestasi
sebuah negara berjaya.
Najib Razak
Langgani www.NajibRazak.com untuk menerima maklumat terkini.
RAKYAT DIDAHULUKAN
2009 – 2017
Bila kita sakit, baru kita kenal siapa yang betul-betul sayang dengan kita. Bila saya disahkan sebagai Orang Kelainan Upaya pada tahun 1999 dan kerap memerlukan rawatan dan perubatan, suami dan anak pun hilang entah ke mana. Tak terbayang kesedihan yang saya rasakan masa itu, kesengsaraan saya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Nasib baik ada anak saudara yang ambil dan jaga saya di rumah mereka macam emak mereka sendiri. Mereka buatkan saya Kad OKU dan bawa saya ke hospital untuk dapatkan rawatan dari semasa ke semasa.
Tak lama lepas itu, saya disahkan pula menghidap kanser kulit. Daripada bisul kecil di peha merebak ke banyak bahagian lain, hingga terpaksa bedah dan buang payu dara. Sekarang saya ke hospital 3 minggu sekali untuk kemoterapi, dan ambil bermacam jenis ubat. Risau juga saya menyusahkan anak saudara, tetapi rupanya rawatan dan ubat-ubatan saya, semuanya percuma dan ditanggung kerajaan. Syukur, terima kasih Kerajaan yang prihatin menjaga kesihatan rakyatnya.
Aramelol a/p Pakri
Penerima Manfaat Kesihatan
Bayangkan, rumah sendiri cukup luas, ada 3 bilik dan 2 bilik air, tak jauh daripada bandar dan macam-macam kemudahan lain, semua ini bulan-bulan saya cuma perlu bayar RM250!
Dulu saya menumpang di rumah mak, terpaksa kami anak beranak berkongsi bilik, makin anak membesar makin sempit rumah, ada yang terpaksa tidur di ruang tamu.
Sekarang anak-anak ada bilik sendiri, nak belajar nak rehat pun senang. Bayaran bulanan pun rendah, jadi pendapatan saya tolong kakak di kedainya, boleh saya simpan untuk kegunaan lain seperti belikan kelengkapan untuk anak sulung yang ke universiti, barang dapur dan macam-macam lagi.
Syukur, saya sangat gembira sebab Kerajaan sediakan rumah PPR ini untuk kami yang kurang berkemampuan, dapat duduk dalam keadaan cukup selesa. Terima kasih!
Tai Lee Hwa
Penghuni Kediaman PPR
Masa kecil saya suka tengok ayah di bengkel, kimpal pagar, tingkap dan macam-macam lagi. Saya minat tengok percikan api, kimpalan barangan. Tapi bila bercakap dengan kawan-kawan, semua kata kerja mengimpal ini kerja lelaki. Saya tak ambil pusing pun, ketegaq kata orang utara, saya percaya saya pun boleh buat juga. Kenapa tak boleh pula?
Jadi lepas PMR, saya nekad ambil jurusan teknik dan vokasional. Dua kali saya mohon di Kolej Vokasional Sungai Petani 1, dan rayuan kedua berjaya, jadilah saya pelajar KVSP jurusan kimpalan. Termasuk saya, cuma ada 3 perempuan saja dalam jurusan ini.
Alhamdulillah, ternyata keputusan saya ceburi bidang TVET ini tepat. Belum pun tamat pengajian saya dah dapat tawaran bekerja dengan Sapura Kencana sebagai jurukimpal. Saya dah buktikan kerja ini bukan lelaki saja boleh buat, perempuan pun sama hebat!
Nurul Fatin Atikah
Masuk menengah atas, saya ada pilihan, teruskan belajar dan ambil SPM, atau mohon masuk bahagian Teknik dan Vokasional TVET. Pilihan ini senang saja buat saya, saya pilih TVET!
Tanggapan ramai pendidikan Teknik dan Vokasional ini pendidikan kelas kedua, tak ada masa depan. Ada juga yang cakap ini pilihan terakhir mereka yang corot di sekolah. Mereka tak tahu, kadang-kadang itu gaji permulaan lepasan TVET ini jauh lebih tinggi daripada diploma atau degree!
Saya 1 daripada 2 wanita lulusan Kolej Vokasional Sungai Petani 1 dalam bidang kimpalan, terima kasih kepada Kerajaan yang sediakan peluang dan beri landasan untuk kami berjaya dalam bidang ini.
Siti Sarah Mohd Samsuri
Masa kegawatan ekonomi, suami saya hilang pekerjaan di kilang. Bayangkanlah, hidup kami anak-beranak berubah sekelip mata; hilang punca pendapatan, rumah kena lelong, kereta kena tarik, habis duit simpanan. Tuhan sahaja tahu betapa susah hidup kami waktu itu.
Lebih perit daripada itu, keluarga kami terpisah. Disebabkan keadaan, saya dan suami menumpang di rumah mak cik, anak-anak dihantar ke tempat lain. Cuba anda fikirkan bagaimana perasaan saya sebagai seorang ibu terpaksa berpisah dengan anak-anak?
Tetapi saya enggan mengalah. Dengan hanya ada RM70 dalam poket, bantuan beras dan makanan dari Baitulmal, saya guna sebagai modal berniaga kecil-kecilan nasi lemak di stesen LRT Wangsa Maju.
2 bulan saya kumpul duit sedikit demi sedikit, cukuplah untuk sewa tapak berniaga di kaki lima Restoran Maulana Desa Pandan Kuala Lumpur. Kemudian saya mohon bantuan TEKUN dan 1AZAM, dari situ dapatlah saya sewa kedai, beli peralatan dapur dan menggaji pekerja.
Syukur, hasil bantuan dan penat lelah saya ini, daripada mula berniaga nasi lemak di kaki lima dengan pendapatan RM70 sehari, sekarang saya ada kedai dan pekerja sendiri, pendapatan harian pun meningkat antara RM1,000 ke RM2,000.
Hari ini, kehidupan kami sekeluarga lebih selesa, terima kasih kepada Kerajaan yang prihatin dan sentiasa mencari jalan membantu rakyat meningkatkan taraf hidup mereka.
Sharifah binti Dun
Peniaga Berjaya
Saya tinggal di Kuang, kerja di Pusat Bandar Kuala Lumpur, jadi bayangkanlah kalau nak naik kereta di waktu puncak hampir 2 jam baru boleh sampai. Kena fikir pula kos minyak, servis kereta, tol. Jadi saya pilih pengangkutan awam.
Selama lebih 4 tahun, bermula 2013, saya guna komuter. Bergelut juga nak ke tempat kerja sebab dari jam 5 pagi saya dah kena keluar dari rumah, hampir pukul 8 pagi baru sampai. Jimatlah sikit tapi makan masa, selesa pun tak ada.
Saya masih ingat tarikh ini, 17 Julai 2017 sebagai detik segala kepayahan juga kesukaran yang saya alami selama ini telah hilang. Detik ini adalah pelancaran rangkaian MRT Sg. Buloh - Kajang. Sekarang, 45 minit saja untuk ke tempat kerja. Tak perlu lagi bangun lebih awal daripada ayam berkokok, pukul 7 pagi baru saya keluar rumah, dan sebelum jam 8 saya dah sampai tempat kerja.
Perjalanan pun selesa. Kalau siapa pernah naik MRT mesti tahu, gerabak luas, tempat duduk banyak, memang jauh lebih selesa lah!
Tren pun kerap, tak perlu tunggu lama. Dengan MRT ini, saya jimat hampir 30 peratus dari segi tamban berbanding sebelum ini, tapi penjimatan masa dan peningkatan keselesaan dan kualiti kehidupan kini, tak terhingga.
Senang cerita, MRT ini adalah kebanggaan bagi saya sebagai seorang rakyat Malaysia.
Mohd Izzizi bin Saparuddin
Pengguna Pengangkutan Awam Tegar
Bayangkan dulu di Kampung Timpongah semasa saya kecil, kami perlu berjalan dalam semak dan belukar hampir 10 kilometer untuk ke sekolah. Kalau nak beli barangan, perlu berjalan 2 jam ke Kampung Sugud kemudian naik kereta ke Pekan Dongongon. Malam pakai lampu pelita, air pun kadang-kadang ada, kadang-kadang lesap.
Sekarang hasil bantuan berterusan Kerajaan, kami ada jalan berturap macam di bandar, nak ke Pekan Dongongon cuma ambil masa 15 minit. Sekarang ada bekalan elektrik stabil, anak-anak nak belajar pun mudah, siap dapat bantuan persekolahan RM100 setiap anak seorang. Memang banyak bantuan Kerajaan untuk kami di Luar Bandar, terima kasih!
Patrick Doulit
Penerima Manfaat Pembangunan Luar Bandar
Selepas suami tinggalkan saya dan anak-anak, saya dah tak ada tempat bergantung. Tapi saya kata pada diri sendiri, tak guna lagi menangis, sekarang saya perlu usaha, cari pendapatan sendiri untuk tampung keluarga dan anak-anak.
Siang saya kerja di kilang, selesai di kilang saya kerja sambilan di restoran, malam pula ambil upah jahit baju. Setengah mati saya bekerja, tak ada masa untuk keluarga.
Dengan bantuan mesin jahit dari kerajaan, sekarang saya cuma ambil upah menjahit di rumah, tak perlu lagi lari-lari ke tempat kerja, pendapatan bergantung kepada permintaan, musim perayaan banyaklah tempahan, sekali boleh dapat dalam RM400.
Jadi bila Kerajaan umum BR1M sebanyak RM1,200, saya cukup-cukup gembira dan bersyukur. Mungkin buat mereka yang tinggal selesa di bandar jumlah itu kecil, tapi bagi saya dan keluarga, jumlah itu cukup banyak. Dengan duit itu saya boleh beli kelengkapan rumah, beli barangan sekolah cucu, buat bayar duit api dan air, buat simpanan untuk masa depan saya juga.
Tan Lee Lee
Penerima BR1M