17 , 2014

#Bajet2015 Mendapat Sambutan Menggalakkan


[soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/172543277″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak berbicara mengenai sambutan menggalakkan daripada rakyat terhadap #Bajet2015 dan langkah susulan kerajaan untuk mengawal kenaikan kos keperluan hidup.

Transkrip
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah Bajet 2015 telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Rata-rata rakyat telah melahirkan rasa puas hati terhadap bajet yang telah dibentangkan.
Apa yang telah disarankan oleh kerajaan yakni dasar rasionalisasi subsidi dan pelaksanaan GST nampaknya semakin diterima oleh rakyat.
Rakyat sedar bahawa dalam apa juga yang hendak dilakukan oleh kerajaan, kita akan mengambil tindakan dan langkah untuk meminimakan kesan yang negatif kepada rakyat, terutamanya dari segi kos keperluan hidup.
Saya berharap juga bahawa rakyat akan bersama-sama dengan kerajaan. Sehubungan dengan ini, kita akan bekerjasama dengan persatuan-persatuan pengguna untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana peniaga yang sengaja menaikkan harga barang dan perkhidmatan kepada rakyat.
Saya berharap dengan maklumat tambahan ini dapat disampaikan kepada rakyat bahawa rakyat akan mengambil tindakan dalam erti kata tidak membeli daripada peniaga-peniaga yang sengaja menaikkan barang atau perkhidmatan mereka.
Mudah-mudahan dengan langkah-langkah ini, kita dapat menjamin bahawa usaha kita untuk menambah hasil kepada kerajaan, mengukuhkan ekonomi negara melalui cara ini akan memberi manfaat secara jangka panjang kepada rakyat dan kepada ekonomi negara.
Sekian sahaja dari saya.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.