Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Edisi Ke-10

By October 31, 2014 Audio
[soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/174548161″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak berbicara Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Edisi Ke-10 dan kepentingannya dalam usaha Malaysia mencapai status negara maju.

Transkrip
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

Pada hari Selasa yang lalu, saya telah mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Ekonomi Islam Sedunia atau WIEF yang ke-10.

WIEF adalah sebuah platform di mana pemimpin-pemimpin negara Islam dapat berjumpa berbincang mengenai kerjasama dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

Sebagai sebuah negara yang ingin mencapai status negara maju, adalah amat penting bagi kita untuk terus meningkatkan pelaburan, mendapat akses kepada pasaran dunia, dan memajukan sektor-sektor strategik seperti perbankan Islam dan industri halal.

Secara tidak langsung, penyertaan Malaysia dalam WIEF dapat memperlihatkan kepimpinan negara Malaysia dalam konteks dunia Islam dan bukan Islam.

Sekian sahaja dari saya.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.