23 Januari, 2015

Kejatuhan Harga Minyak Dan Langkah Diambil Kerajaan Untuk Menanganinya


[soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/187430111″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak berbicara mengenai isu kenaikan harga rumah dan inisiatif yang diambil kerajaan untuk menanganinya.

Transkrip

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Awal minggu ini saya telah membentangkan langkah-langkah khas yang akan diambil kerajaan bagi menghadapi tekanan kejatuhan harga minyak dan tukaran asing ringgit ke atas ekonomi negara.

Langkah-langkah ini akan memberi galakan terhadap industri tempatan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi. Ini termasuk menarik pelabur asing bagi menyokong segala usaha kerajaan.

Saya kini sedang menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos. Memandangkan Malaysia adalah pengerusi ASEAN pada tahun ini, kehadiran saya di Davos ini adalah amat mustahak, bertujuan untuk memberi mesej yang jelas kepada dunia tentang potensi dan prospek ekonomi Malaysia dan ASEAN, serta membentangkan rangka kerja Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

Dengan menarik pelaburan ke rantau ini, disokong oleh kemudahan infrastruktur yang mantap melalui AEC, Malaysia dan ASEAN mampu menjadi hab pelaburan dunia.

Insya-Allah, usaha kerajaan mempromosikan Malaysia dan ASEAN di arena dunia akan terus membuahkan hasil dan mampu mengukuhkan lagi ekonomi Malaysia yang akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat negara kita.

Sekian sahaja dari saya,

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh