13 November, 2015

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi


Header: Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak mempertahankan Rukun Negara ketiga

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia,

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Para pemimpin di badan eksekutif dipilih melalui Pilihan Raya Parti dan Pilihan Raya Umum.

Mereka menerima mandat untuk menjadi ketua dan memegang jawatan dalam kerajaan untuk memberi khidmat kepada rakyat dan negara. Mereka yang dipilih bertanggungjawab ke atas rakyat kerana merekalah yang memilih.

Sebarang bentuk majlis bukanlah atas pilihan rakyat yang bertujuan menyelia seorang pemimpin. Justeru, boleh disifatkan sebagai tidak demokratik dan secara langsung bercanggah dengan perlembagaan negara yang berpaksikan pada prinsip demokrasi.

Sekiranya ada badan yang boleh mengawal seorang pemimpin yang dipilih, maka kita akan mula menyimpang daripada sistem demokrasi yang selama ini menjadi tunjang kepada keamanan dan pembangunan negara kita.

Sebagai rakyat Malaysia tidak kira pangkat atau kedudukan kita perlu menjunjung keluhuran perlembagaan.

Sebagai pemimpin, saya bertanggungjawab mempertahankan Rukun Negara ketiga ini dengan segala bidang kuasa saya.

Sekian sahaja dari saya,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.