26 Jun, 2015

Memperingati jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan negara


[soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/212028371″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /] Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak menyeru kepada semua untuk memperingati jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan negara

Transkrip

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dan Salam 1 Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, saya telah mengambil kesempatan untuk meluangkan sedikit masa bersama keluarga saya.

Pada hari pertama, saya berbuka bersama isteri dan anak saya. Kemudian bersama ibu saya pada hari kedua.

Saya berasa amat bertuah kerana dapat meluangkan masa berbuka bersama mereka. Tetapi saya juga teringat pada anggota pasukan keselamatan negara yang tidak dapat berbuka dengan keluarga mereka ketika menjalankan tugas menjaga keselamatan negara.

Oleh sebab itu, pada hari Selasa yang lalu, saya telah membuat keputusan untuk berbuka puasa dengan anggota tentera.

Ketika berbuka dengan mereka, saya dapat melihat kesedihan di wajah mereka kerana tidak dapat bersama keluarga semasa bertugas untuk negara.

Anggota keselamatan kita sentiasa bersiap-sedia bagi memastikan kita semua dapat tidur dengan lena.

Jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan negara tidak harus kita lupakan sama sekali.

Sekian sahaja dari saya,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.