10 , 2014

Pembentangan #Bajet2015 dan Isu Kos Sara Hidup


[soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/171318917″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak berbicara mengenai pembentangan #Bajet2015 serta isu Kos Sara Hidup yang semakin meningkat.

Transkrip
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi.

Tema bajet tahun ini adalah untuk meningkatkan pertumbuhan, memastikan kemampanan fiskal dan memakmurkan rakyat.
Saya sedia maklum keluhan rakyat kos sara hidup yang meningkat. Oleh demikian, fokus utama Bajet 2015 adalah untuk menangani peningkatan kos sara hidup terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Beberapa langkah dan program akan diumumkan semasa pembentangan Bajet 2015 nanti yang saya yakin dan percaya akan memberi banyak kelegaan kepada rakyat teramai.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
Baru-baru ini dalam majalah Economist Intelligence Unit telah meletakkan Malaysia di antara 25 negara yang bakal mempunyai ekonomi paling besar di dunia pada tahun 2025.
Ini menunjukkan bahawa Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
Sekian sahaja dari saya.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.