Perjumpaan Dengan Menteri Besar Kelantan

By February 27, 2015 Audio
radio[menteriKelantan] [soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/193294514″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak berbicara mengenai perjumpaan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob Dan Kebajikan Rakyat Kelantan

Transkrip

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Pada hari Isnin yang lalu saya telah mengadakan perjumpaan rasmi dengan YAB Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya di mana kami telah membincangkan beberapa perkara berkaitan kebajikan rakyat Kelantan yang sentiasa diberi perhatian oleh Kerajaan Persekutuan.

Saya merasakan kerjasama diantara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan Datuk Ahmad Yaakob adalah sebuah usaha yang amat murni.

Kerjasama ini perlu dipertingkatkan demi kebajikan rakyat Kelantan dan pemerkasaan ummah.

Adalah menjadi tugas saya sebagai Perdana Menteri untuk memastikan semua kerajaan negeri di Malaysia terus mendapat bantuan yang sewajarnya daripada Kerajaan Persekutuan tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

Sekian sahaja dari saya,

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh