11 Julai, 2014

Mengecam Operasi Serangan Udara Israel Ke Atas Gaza


[soundcloud url=”https://api.soundcloud.com/tracks/158211179″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Siaran Radio Perdana Menteri Mengecam Operasi Serangan Udara Israel Ke Atas Gaza.

Transkrip

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Malaysia dengan sekeras-kerasnya mengutuk serangan pasukan pertahanan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa kekejaman rejim Zionis bukan sahaja ditentang umat Islam, malah seluruh umat manusia yang berpegang teguh pada prinsip kemanusiaan.

Saya ingin mengajak ahli-ahli OIC serta PBB untuk turut bersama menghantar bantuan kemanusiaan dengan serta-merta ke Gaza.

Saya juga ingin tekankan di sini bahawa Malaysia tidak akan berputus asa memperjuangkan hak rakyat Palestin dan memberi sokongan padu terhadap segala usaha untuk menamatkan konflik yang telah sekian lama membarah di negara Timur Tengah itu.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Segala usaha kita tidak akan lengkap tanpa adanya tawakal. Oleh itu kepada yang beragama Islam, saya sarankan kita melakukan solat hajat beramai-ramai disampingi menunaikan ibadat solat Tarawih demi rakyat Palestin.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh