8 Ogos, 2014

Isu Air Sekitar Negara


[soundcloud url=”https://api.soundcloud.com/tracks/162198399″ params=”auto_play=true&color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Siaran radio YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak mengenai isu air sekitar negara. Beliau mengingatkan rakyat untuk bersiapsiaga untuk menghadapi kemungkinan fenomena El Nino yang diramalkan.

Transkrip

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Seperti mana kita sedia maklum, air merupakan keperluan asas yang penting. Dan oleh itu, saya menyarankan agar rakyat Malaysia bersedia menghadapi fenomena El Nino yang diramalkan.

Oleh kerana keperluan asas ini sangat penting, maka langkah-langkah jangka pendek dan panjang perlu diambil bagi memastikan bekalan air sentiasa mencukupi.

Sebagai contoh, di Sarawak kerajaan negeri telah memastikan loji rawatan air Kaki Wong yang akan di siap dibina pada tarikh dijanjikan iaitu pada bulan Oktober 2014.

Di Negeri Sembilan pula, kerajaan negeri telah mengambil langkah jangka panjang untuk membina loji rawatan air terbesar negara, Lenggeng yang akan membekalkan air kepada Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di Selangor pula, perjanjian dasar induk antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk bekerjasama dalam usaha penstrukturan semula jabatan-jabatan bekalan air dan pembinaan loji Langat 2 telah dimeterai dengan jayanya.

Saya ingin turut menegaskan di sini bahawa khidmat kepada rakyat dan negara perlu mengatasi kepentingan politik. Syabas saya ucapkan kepada kerajaan negeri Selangor kerana berpegang kepada prinsip tersebut dalam hal ini.

Sekian sahaja dari saya.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.