19 Jun, 2015

Ucapan Perdana Menteri Bersempena Ramadhan 1436H/2015M


[soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/211009312″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Ucapan Perdana Menteri Bersempena Ramadhan 1436H/2015M

Transkrip

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dan Salam 1 Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Alhamdulillah, kita telah memulakan ibadat puasa kita di bulan Ramadhan ini.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, di bulan Ramadhan, semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah SWT berfirman, “Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.”

Dengan itu, puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung.

Semoga ibadat dan amalan kita diterima Allah SWT.

Di bulan yang mulia ini, saya ingin menyarankan kepada semua umat Islam mengenepikan sebarang perbalahan dan permusuhan kerana ia tidak sedikit pun mendatangkan keuntungan bahkan merugikan masa dan tenaga.

Pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, marilah kita mengambil peluang keemasan untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasi diri kita dalam melaksanakan segala perintah Allah.

Sekian sahaja dari saya,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.