24 Februari, 2017

Ucapan Perdana Menteri Mengenai Bantuan Perumahan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dan Salam 1 Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Semua orang mengimpikan sebuah rumah yang selesa dan lengkap untuk diduduki bersama keluarga. Namun mungkin disebabkan kekangan tertentu, tak semua orang dapat memiliknya.

Oleh demikian, kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi membolehkan rakyat mampu memiliki rumah sendiri.

Terdapat pelbagai bantuan dan program yang disediakan oleh kerajaan seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia iaitu PR1MA, Rumah Wilayah Persekutuan, Rumah Idaman Rakyat dan lain lain.

Rakyat boleh mendapatkan rumah dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.

Sekiranya anda memiliki tanah atau rumah yang usang, anda boleh memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia untuk mendapatkan subsidi daripada kerajaan.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga telah menyediakan Skim MyHome yang membolehkan pemohon mendapat subsidi RM30,000 untuk pembiayaan perumahan.

Untuk mereka yang memerlukan bantuan deposit, mereka boleh memohon bantuan kewangan melalui Skim MyDeposit.

Untuk mereka yang baru berkahwin atau baru memulakan alam pekerjaan, kita ada Rumah Transit 1Malaysia, PPR, Perumahan Awam DBKL dan sebagainya.

Kerajaan tidak akan berhenti setakat bantuan-bantuan ini sahaja. Saya akan terus mencari inisiatif lain agar rakyat dapat memiliki rumah yang selesa.

Oleh yang demikian, dapatkanlah bantuan-bantuan ini agar kita dapat memberikan kebahagiaan buat keluarga tersayang. Inilah perkara paling penting yang sedang saya usahakan demi rakyat.

Sekian sahaja dari saya.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Shares Share Kategori : Audio, Featured Articles