Ucapan Perdana Menteri Mengenai Projek Pemangkin Ekonomi

By December 30, 2016 Audio, Featured Articles
Projek Pemangkin Ekonomi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dan Salam 1 Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Sudah 7 tahun tampuk kepimpinan negara bertukar tangan, namun ada pihak khususnya pembangkang sering memperkatakan mereka tidak nampak pembangunan yang diusahakan Kerajaan hari ini dan membandingkan saya dengan kepimpinan lama.

Hujah yang dilontarkan mereka tidak lebih daripada kata-kata kosong dan saya merasakan bahawa mereka ini sengaja buat-buat tidak nampak.

Pentadbiran saya telah menjalankan pelbagai pembangunan yang mencipta beratus ribu peluang pekerjaan.

Antara projek pemangkin ekonomi berlandaskan pembangunan secara besar-besaran seperti MRT, Lebuhraya Pantai Timur 3, Pan Borneo Highway, LRT 2 dan 3, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Projek-projek seperti ini penting bagi menjana ekonomi di kawasan sekitar dan merapatkan jurang antara kawasan pedalaman dan bandar.

Selain itu Kerajaan juga membangunkan projek pemangkin ekonomi yang menjadi mercu tanda negara seperti pembangunan Wilayah Iskandar, Rapid Pengerang, Danga Waterfront, Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia, KL118 bangunan yang tertinggi di negara.

Yang aneh, ada yang kata bangunan-bangunan seperti Tun Razak Exchange dan KL118, tidak ada satu tiang pun dibina.

Saya saran pergilah lihat sendiri tapak pembinaan tersebut sebelum melontarkan tuduhan yang memalukan diri.

Di peringkat antarabangsa pula, Malaysia berperanan membangunkan projek seperti pembangunan Battersea, sebuah lagi mercu tanda ikonik di kota London.

Lihatlah sendiri di internet projek yang mengharumkan nama negara ini.

Banyaklah pembangunan infrastruktur yang telah dijalankan dalam masa yang hanya 7 tahun pertama pentadbiran saya, dan memangkinkan ekonomi negara secara berterusan.

Kepada pembangkang, janganlah bersikap seperti katak di bawah tempurung.

Sekian sahaja dari saya.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.