14 , 2015

39 Tahun Sejak Pemergian Tun Razak


39 TAHUN SEJAK PEMERGIAN TUN RAZAK

Hari ini genap 39 tahun sejak kepulangan ayahanda saya Allahyarham Tun Razak ke rahmatullah. Saya masih ingat saat diberitahu bahawa ayahanda saya telah meninggal dunia pada 14 Januari 1976. Amat sukar bagi kami – terutamanya saya sebagai anak sulung – untuk menerima kenyataan tersebut.

Hakikatnya pemergian Allahyarham ayahanda bukan sahaja sebagai pemimpin keluarga, tetapi juga pemimpin negara yang banyak berjasa. Sehingga hari ini saya sentiasa ingatkan diri untuk melakukan yang terbaik agar dapat meneruskan legasi yang ditinggalkan Allahyarham Tun Razak. Insya-Allah.

Al – Fatihah.