22 Ogos, 2016

60 Minit bersama Perdana Menteri


 

Okay Dato’ Sri soalan pertama, Dato’ Sri dah 40 tahun sejak 1976, umur Dato’ Sri 23 tahun ketika 1976 sehingga 40 Dato’ Sri. Apa saat-saat yang Dato’ Sri rasa patut dikongsikan dengan anak-anak muda Malaysia yang ada pada hari ini? Bukan sahaja Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum pun ada dekat sini Dato’ Sri. Silakan Dato’ Sri.

Fuh, 40 tahun, lama juga. Kalau saya nak cerita barangkali banyak juga lah peristiwa, detik-detik yang terpaksa saya lalui sebagai orang politik. Mungkin kalau saya mengimbau balik dalam sejarah. Kalau saya nak mengimbau balik dalam perjalanan hidup saya, barangkali tarikh yang sesuai sekali ialah bagi, mula-mula sekali perjalanan saya sebagai ahli politik pada tahun 1976 saya kira-kira masa itu. Sebab bila Allahyarham Ayahanda saya meninggal dunia pada bulan Januari 1976 saya berdepan dengan satu dilema. Maknanya umur saya pada ketika itu 22 tahun dalam tujuh bulan lebih kurang. Enam, tujuh bulan. Jadi bila ada desakan ataupun permintaan untuk saya menawarkan diri jadi Ahli Parlimen ataupun bertanding atas tiket Parlimen Pekan. Bagi diri saya ini satu dilema yang amat besar sekali sama ada pada umur yang begitu muda dan mungkin lebih muda daripada sebahagian yang ada dalam dewan ini.

Lebih muda daripada saya Dato’ Sri.

Lebih muda ya? Maknanya you ada harapan la ni.

Saya pun tak lahir lagi.

Jadi sama ada saya ini bersedia ataupun tidak, mampu ataupun tidak, boleh atau tidak? Jadi kalau saya cuba masuk dalam gelanggang politik pada umur yang terlalu muda barangkali kalau saya gagal, saya akan tersungkur dan saya mungkin tidak ada lagi masa hadapan dalam bidang politik. Tetapi sebaliknya kalau saya tidak ambil peluang, ada pula perasaan dalam kalangan pengundi orang Pekan bahawa mereka hendak kesinambungan kepada perjuangan Allahyarham. Jadi itu yang paling besar sekali dilema saya. Akhirnya kalau saya tanya ramai orang, ramai yang nasihat saya jangan masuk politik.

Oh ya?

Ya betul. Termasuk juga keluarga saya yang merasakan barangkali terlalu awal bagi saya. Namun saya beranikan diri sebab dalam diri saya memang keinginan itu kuat untuk meneruskan perjuangan. Sebab saya lihat pada perjuangan yang dibawa oleh Allahyarham itu masih memerlukan lagi tempoh masa tertentu. Belum sampai pada penghabisan lagi. Oleh itu saya berasa terpanggil untuk (sertai). Saya kata tidak mengapalah, orang kata “kalau nasib sabut timbul, kalau nasib batu tenggelam”. Ada dua options sahaja dan barangkali kalau kita bagi analogi orang tolak kita dalam kolam renang ada bahagian yang dalam tu sama ada kita berenang ataupun kita tenggelam, ada dua options sahaja. Jadi bila kita dalam keadaan survival mode macam itu, saya dapat menyesuaikan diri saya. Alhamdulillah walaupun orang kata mula-mula agak gugup dulu. Gugup dan bertatih dalam politik tetapi akhirnya saya dapat menyesuaikan diri saya dengan keadaan. Itulah orang kata “the rest is history”. The rest tu orang tahulah, tetapi itulah saat yang paling mencemaskan. Saya pun kadang-kadang bayangkan kalau saya tidak pilih masuk politik, apa yang akan terjadi agaknya? Tetapi Alhamdulillah akhirnya walaupun dalam politik ini. Satu saya nak nasihat dalam politik ini dia bukan, kalau sesiapa yang belajar Economics, Accounting apa semua, dia (politik) bukan linear ya tetapi dia macam roller coaster.

Dia akan turun naik?

Ya dia akan turun naik. The ups and downs dalam politik. Tetapi asalkan dia punya graf itu long term itu trajectory ke atas. Jangan fikir ia bererti bahawa segala-galanya akan berlaku dengan begitu tersusun, cantik, tidak ada apa-apa orang kata, angin puting beliung ke, angin yang akan pukul kita dalam perjalanan. Dan mungkin kita terpaksa buat keputusan yang tepat. Mungkin ada masa kita tersilap buat keputusan, mungkin kita akan tergelincir. Ini semua risiko-risiko dalam politik. Jadi pada setiap masa, setiap ketika ada junction yang kritikal dalam kehidupan kita sebagai ahli politik di mana kita mesti buat keputusan yang tepat. Kalau kita silap buat keputusan, kita akan tergelincir. Jadi itulah barangkali yang saya boleh kongsi pengalaman yang mana kita mesti anggap diri kita sebagai seorang yang mahu belajar budaya politik kita dan segala ilmu politik. Kalau kita ada kesungguhan dan niat kita baik, insya-Allah Tuhan akan tunjuk jalan kepada kita.

Jadikan Dato’ Sri, kalau lah Dato’ Sri tidak menjadi Perdana Menteri, Dato’ Sri jadi apa ya? Apa agaknya?

Tidak tahulah apa agaknya, banyak pilihan. Tentu sekali tidak boleh jadi footballer. Tidak boleh lah. Tetapi saya (pernah) bekerja di dalam organisasi seperti PETRONAS. Jadi saya ada cita-cita peribadi nak masuk business school suatu hari. Tetapi itu semua tidak jadilah bila dah jadi orang politik. Semua tidak dapat buat tetapi itulah barangkali kerjaya alternatif. Nak masuk dalam bidang corporation, nak masuk business school dan sebagainya.

Cumanya Dato’ Sri, ketika Dato’ Sri berumur 23 tahun bukan mudah ingin membuat keputusan pada umur 23 tahun. Untuk memilih sama ada nak masuk dalam kolam tadi ke, belum tahu sama ada boleh berenang atau tidak boleh berenang. Bagaimana Dato’ Sri mengambil faktor untuk membuat keputusan? Sebab kita orang muda ini kadang-kadang bukan tersalah buat keputusan, banyak sangat keputusan kita buat.

Banyak sangat. Banyak yang tidak kena?

Lepas itu kita buat kesalahan. Bagaimana Dato’ Sri?

Saya rasa lebih kepada sentimen dan emosi pada masa itu. Kalau saya fikir pakai rational thinking pada mungkin tidak buat. Kalau fikir punya fikir kan? Kita tengok keadaan dan risiko mungkin lebih besar.  Tetapi lebih merasakan lebih kepada sentimen, emosi bahawa saya nak sangat menyambung perjuangan. Itu yang menyebabkan saya mengambil risiko. Itu sahaja.

Dato’ Sri kita tahu apabila menjadi ketua pentadbir negara, Dato’ Sri sudah pastinya menjadi target utama. Banyak sangat episod Dato’ Sri, dari umur 23 tahun sehingga sekarang umur 53?

Lebih kurang. Plus minus. Lebih plus.

Bagaimana Dato’ Sri menghadapi episod-episod sukar ini? Bagaimana sokongan Datin Seri, sokongan keluarga, kita pun nak tahu Dato’ Sri?

Kita mesti apa orang kata, ada sesuatu philosophy maknanya, kita kena faham. Bila kita jadi ketua kita akan menjadi sasaran. Sebab dalam sistem kita ini kalau dia nak serang, kata lah dia nak serang UMNO, dia nak jatuhkan kerajaan, dia mesti serang ketua. Itu focal point, mesti ketua. Jadi kalau tidak ada (isu) pun dia akan cari isu. Sebab targetnya kalau ketua lemah, ketua boleh jatuh, kerajaan boleh jatuh. Macam dulu kalau nak jatuhkan empayar atau apa-apa kesultanan, Sultan jadi target. Jadi kalau kita dalam konteks politik kerajaan kita hari ini, kalau nak jatuhkan kerajaan, sasarannya mestilah ketua. Jadi tidak hairanlah siapa jadi ketua, pada mana-mana (keadaan). Kalau kita tengok sejarah, siapa jadi ketua dia akan jadi sasaran. Natural. Itu peringkat kerajaan. Kalau peringkat bahagian, orang nak jawatan Ketua Bahagian, Ketua Bahagian jadi sasaran. Jadi itu dah jadi macam asam garam. Kita kita kena terima falsafah itu. Kalau kita sebaik-baik manusia pun, dia akan cari juga macam mana nak mencontengkan arang ke muka kita. Kalau tidak ada dia akan adakan, kalau fitnah pun akan jadi senjata. Sebab orang boleh makan dengan fitnah, dengan cerita. Sebab bila jadi pemimpin ini cerita itu lagi sedap. Orang lain punya cerita tidak sedap, cerita pemimpin sedap. Jadi boleh percaya “betul ye, barangkali betul ye”. Padahal dia tidak tahu pun, tidak siasat pun, dia kata “eh boleh jadi betul”. Jangan cakap pasal pemimpin, macam pembangkang dulu dalam pilihanraya lalu dalam saat-saat akhir dia kata kita bawa 40 ribu pengundi Bangladesh jadi pengundi hantu. Macam nak runtuh siling bila saya dengar orang percaya. Padahal kalau dia fikir sejenak, dia kata “eh kalau nak bawa 40 ribu pengundi, satu jumbo (jet) 400 orang boleh muat, 40 ribu (maksudnya)  satu ribu jumbo. Ada orang nampak satu ribu jumbo? Ada orang pernah nampak? Tidak ada. Tapi pada saat itu orang yang pandai di kawasan bandar pun percaya. Sampai ada orang rupa macam (orang) Bangladesh kena kejar. Rupanya bukan orang Bangladesh.

Macam itulah juga masa orang buat fitnah di sosial media. Kebetulan saya di Beijing. Lepas itu, Almarhum Sultan Azlan mangkat. Kita berkumpul (membuat keputusan) sama ada mahu balik (Malaysia) atau tidak sebab kita dalam lawatan rasmi. Saya ada di situ, saya ingat ada menteri-menteri lain macam, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein ada, Dato’ Sri Liow Tiong Lai ada, Dato’ Sri Anifah Aman tidak ada masa itu, saya ingat ada dua tiga orang yang lain. Isteri saya pun ada sebab lawatan rasmi dia ada bersama. Bila gambar itu keluar, dia kata kononnya isteri saya hadir dalam mesyuarat kabinet. Walhal gambar itu dalam sebuah hotel di Beijing dan kita tengah bincang nak balik (Malaysia) atau tidak balik. Bukan mesyuarat kabinet. Tapi masuk dalam media kata isteri saya hadir dalam mesyuarat kabinet. Itu tak cari, tak semak, tak buat apa-apa tetapi telan bulat-bulat. Inilah dia assume. Jadi saya saman dia, dia minta maaf. Memang dia tahu kalau (bicara di mahkamah) dia kalah. Jadi itu saya nak beritahu ya. Kalau ada apa-apa cerita, tolong tengok betul-betul. Selidik dulu. Dalam Islam pun, Tuhan suruh kita selidik kalau tidak kita mungkin akan termakan dengan cerita itu.

Jadi status sebagai Perdana Menteri ini macam selebriti, ada fans, ada haters. Jadi Dato’ Sri sendiri macam mana you handle all your haters? Blog ke apa? Ada baca ke komen-komen semua?

Dia ada tiga kategori. Satu kategori fan kita, yang fan kita itu okay lah. Yang haters ini ada satu buat macam mana pun dia tidak akan suka kepada kita. Orang putih kata “there’s nothing you can do”. Janganlah. Don’t lose any sleep dengan kelompok ini. Ada satu kelompok lagi, orang yang terpengaruh. Terpengaruh dengan maklumat yang tidak sahih dan sebagainya dan yang telah pun tertipu. Kumpulan ini mesti kita buat sesuatu (untuk) menyampaikan berita yang sebenarnya, maklumat yang sebenarnya. Kita buat engagement dengan mereka. Kumpulan ini boleh kita betulkan. Tetapi dalam  konteks realiti politik mana-mana negara, kita tidak mungkin dapat 100 peratus. Hatta Nabi (Muhammad) pun tidak dapat 100 peratus apatah lagi kita manusia biasa. Kita terima realiti itu, kita buat yang terbaik, asalkan your conscience is clear. Itu yang penting.

Macam Dato’ Sri sendiri baca tak komen-komen dekat Facebook, orang komen itu semua. Ada baca tak?

Ada, kadang-kadang sakit hati. Geram saya tengok. Bila sakit hati, saya tak nak baca lagi dah.

Block mereka tak?

Tidak, tidak. Tidak boleh layan sangat ni, tak boleh. Jadi saya cuba paparkan cerita yang sebenarnya bagi pihak saya di sosial media.

Dato’ Sri apabila menjadi ketua negara ini, macam mana Dato’ Sri handle bila orang banding-bandingkan corak pentadbiran Dato’ Sri dan corak pentadbiran perdana menteri-perdana menteri sebelum ini? Adakah Dato’ Sri selesa dengan keadaan itu?

Suka atau tidak suka dia akan lakukan perkara itu. Dia akan bandingkan dengan pemimpin yang jadi pemimpin 22 tahun. Dia akan buat perbandingan zaman itu yang sepatutnya sudah bersara tetapi tidak bersara. Hakikatnya. Jadi dia membebel tidak tentu arah. Dia akan buat perbandingan tetapi kepada saya sebenarnya, realiti kita sebagai Perdana Menteri ketika ini, saya punya falsafah, saya tidak suka melihat ke belakang. Saya anggap bahawa saya membawa negara kita pada saat detik saya sebagai Perdana Menteri kepada suatu keadaan. Mudah-mudahan keadaan itu lebih baik. Lebih baik daripada keadaan (ketika) saya menerima sebagai Perdana Menteri. Saya harap pengganti saya akan bawa negara lebih baik daripada keadaan saya menyerah negara kepada beliau. Jadi barulah timbul kesinambungan dalam perjuangan. Setiap Perdana Menteri membawa negara kita dalam era beliau kepada satu tahap dan pengganti beliau akan bawa negara kepada tahap yang lebih baik lagi. Itu lah maknanya ada kemajuan sebagai sebuah negara, bangsa kita lebih berjaya lagi. Dan apabila saya bersara nanti, saya akan bersara dan tidak akan mengganggu pengganti saya.

Itu yang kita mahu.

Sebab kita dah habis. Bila dah habis kita bersara dan banyak kerja kita boleh buat selepas kita bersara yang kita tidak boleh buat semasa kita jadi Perdana Menteri.

Bercucuk tanam ke?

Ya bercucuk tanam ke, pergi tengok Manchester United main bola ke. Macam-macam kita boleh buat. Boleh pergi negara yang kita belum lawat. Macam-macam kita boleh buat. Boleh tulis buku. Kenapa saya nak ganggu successor saya? Pengganti saya. Tetapi kalau pengganti saya nak ajak saya minum kopi, nak belanja saya makan malam saya akan hadir. Saya akan beritahu dia, nasihat dia kalau perlu. Tetapi saya tidak akan tegur dia secara terbuka. Pada saya, that is not a right thing to do. Kita mesti ada understanding, sebagai bekas pemimpin we belong to select club. Maknanya kita mesti bantu antara satu sama lain. Baru negara kita akan dihormati oleh orang. Orang pun akan hormat kita sebagai pemimpin. Tetapi kalau kita criticize, it’s not fair. It’s not fair because negara lain tidak berlaku. Di Amerika (Syarikat) pun tidak berlaku. Bush ke sesiapa ke, dia tidak criticize Obama atau current politicians dia. Bila dah bersara dia buat kerja dia. Itu dia. Pemimpin China lagi lah bila bersara terus hilang, macam tidak ada. Hu Jintao ke, Wen Jiabao ke kita tidak dengar cerita dia langsung. Sebab itu lah cara kita untuk menentukan pentadbiran negara kita berjalan dengan lancar dan tidak diganggu oleh bekas pemimpin.

Okay Dato’ Sri, kita nanti akan dapatkan soalan daripada umum. Kalau yang nak tanya boleh ke mic dan kita buat satu per satu. Boleh ready, selepas soalan ini, selepas Dato’ Sri jawab beliau akan melayani (soalan) saudara dan saudari sekalian. Dato’ Sri minat sukan?

Minat sangat.

Sukan apa Dato’ Sri?

Sukan nombor satu bola, saya rasa. Saya suka menonton bola.

Menonton bola, bukan main bola?

Dulu main bola. Zaman muda main bola tetapi lutut saya ini, saya buat silap. Bila saya jadi Menteri Belia dan Sukan, saya masa itu rasa saya muda lagi lah pada masa itu. Selepas itu ada charity match untuk Allahyarham Mokhtar Dahari. Saya kebetulan kena flu hari itu tetapi mereka desak saya. Main lah, kena main. Saya kata tidak apa lah, saya main 10 minit sahaja. Bila saya main 10 minit saya silap, saya tidak warming up. Ini nasihat kepada adik-adik, kalau nak main apa-apa game mesti warm up dulu. Kalau muscle kita ini orang kata masih tegang lagi, cuba main mungkin kita akan menerima sesuatu musibah. Dan apa yang berlaku bila orang pas bola kepada saya, saya cuba turn. Badan atas saya turn kaki saya tak turn ke apa saya tak tahu, saya terseliuh kaki saya. Dan lutut saya dalam kesakitan. Selepas itu, walaupun dia pulih sudah tak macam natural, tidak macam dulu.

Tunjuk skill ke Dato’ Sri waktu itu?

Saya cuba nak tunjuk, tetapi tidak menjadi sebab saya tidak warm up. Itu kesilapan saya. Sebab nak main 10 minit sahaja.

Selain daripada bola Dato’ Sri?

Selain daripada bola? Saya suka main golf. Tetapi sekarang ini saya lebih kepada pergi gym. Semalam saya pergi gym. Dan saya ada trainer lagi. Jadi saya buat satu jam 45 minit dan tiga kali seminggu kalau boleh lah. Ideally tiga kali seminggu. Saya rasa bila dah pergi ke gym, lepas gym itu rasa lebih energetic pula. Lebih energetic daripada sebelum pergi ke gym. Jadi adik-adik sekalian pergi ke gym lah.

Bukan Perdana Menteri ikut Menteri Belia dan Sukan ke Dato’ Sri? FitMalaysia?

FitMalaysia. Kita ada program FitMalaysia, bagus program itu.

Handicap golf berapa Dato’ Sri?

Handicap tengok pada siapa saya lawan.

Kalau Dato’ Sri boleh kongsi dengan kita, masa Dato’ Sri lawan dengan Obama itu skor berapa Dato’ Sri?

Saya partner dengan Obama. Dia pun boleh tahan tetapi saya punya standard lebih kurang Obama la.

Tidak mahu kalah, tidak mahu kalah.

Masa Obama datang Malaysia Dato’ Sri, Dato’ Sri dapat naik The Beast. Macam mana perasaan Dato’ Sri?

Bagus, lebih baik daripada kereta saya. Beast ini dia dalam tu lega rasa. 4 orang muat, boleh buat conference. Yang kedua, level of protection dia tinggi. Maknanya kalau orang nak tembak pistol, tidak lut. Bullet proof car. Kalau nak tembak dengan M16 ke, A4 rifle ke, 5.5 Scythe tidak tembus rasa saya. 7.62 Kalashnikov, saya rasa pun tidak tembus. Dan satu lagi dia ada protection bawah, IED, yang Improvise Explosive Device yang diguna pakai di Iraq, Syria semua tu yang letup dari bawah, itu pun ada protection. Yang lain tu saya tidak lihat. Dia mesti ada communication set. President of United States ini, di mana saja dia berada, dia mesti boleh beri arahan. Sekiranya ada nuclear attack, dia mesti boleh beri arahan counter attack umpamanya. Sebab itu ada ADC dia bawa beg tu, dalam beg itu ada launch code.  Jadi kalau dalam kereta Beast tu, dia ada sistem di mana dia boleh launch missile attack. Ini semua ada dalam list. Dan dia punya level of protection, dia punya security pada setiap ketika dia mesti ada 2-3 Beast sekali, dia jalan mcm dalam konvoi. Misal kata kita ada niat jahat, nak assassinate US President, kalau dia ada 2 kereta yang sama, orang tidak tahu Obama masuk kereta 1 atau kereta 2.

Boleh tak Dato’ Sri kongsikan rutin harian Dato’ Sri? Dato’ Sri tidur pukul berapa?

Tidur tengok pada keadaan. Dia ada musim kita sibuk, kadang-kadang ada speech nak buat dan kita terpaksa sampai pukul 1, 2. Tapi biasanya about midnight. Kadang-kadang terlajak sikit kalau weekend, kalau ada bola. Saya terpaksa tengok sikit. Malam tadi tengok badminton tapi kalah. Tapi tidak apa, hari esok mudah-mudahan, hari Jumaat.

Daripada Dato Sri bercakap tadi, kita dapat lihat Dato’ Sri begitu ada passion untuk menyambung perjuangan Allahyarham Tun Abdul Razak. Boleh tak Dato’ Sri kongsikan dengan kita secara eksklusif satu yang Dato’ Sri tak pernah cerita dekat luar. Ini maknanya 350 orang ini saja lah. Satu important moment Dato Sri dengan Allahyarham Tun Abdul Razak, yang Dato’ Sri ingat sampai sekarang.

Ada beberapa peristiwa sebenarnya. Sebenarnya Allahyarham tak nak saya jadi orang politik. Dia nak saya adi akauntan. Sebab kawan baik dia merupakan Pengerusi Bank Bumiputera yang pertama, Allahyarham Datuk Raslan yang meninggal dalam accident kereta sports car yang terbalik. Jadi dia mahu supaya saya dapat jadi new breed of Bumiputera corporate people. Masa itu kurang. Jadi dianggap, kalau saya dapat jadi akauntan, mungkin saya dapat masuk bidang corporate world. Rupa-rupanya saya tidak sedar bahawa Allahyarham menghidap penyakit leukemia. Dia tahu, sebab itu dia cuba meminta saya menghabiskan pendidikan saya secepat mungkin. Dia takut dia tidak cukup masa. Tapi dia tidak beritahu saya. Tapi, ini sampai sekarang, saya tak tahu macam mana dia boleh simpan rahsia. Penyakit yang boleh membawa kepada maut dia boleh simpan rahsia bertahun-tahun dalam diri dia, orang lain tidak tahu. Cuma yang tahu, doktor dia tahu dan Allahyarham Tun Dr Ismail sahaja. Masa itu Timbalan Perdana Menteri. 3 orang saja tahu. Mak saya pun tidak tahu. Kita ini kalau kita pening kepala sikit, satu rumah, satu kampung tahu. Tapi maknanya tahap kemampuan dia untuk menyimpan rahsia itu luar biasa. Saya mungkin tidak boleh macam itu. Kalau saya ada, nauzubillah, kalau ada apa-apa penyakit, saya tidak boleh simpan rahsia macam itu. Tapi Allahyarham boleh, itu masih hingga ke hari ini, pemimpin yang cukup luar biasa. Kemampuan dia memang luar biasa, tahap disiplin dia.

Dato’ Sri sebagai anak seorang Perdana Menteri, daripada kecil lagi dah terdedah orang melihat Dato’ Sri. Ada tak beberapa perkara atau ada tak benda yang Dato’ Sri nak buat tidak dapat-dapat, walaupun jadi Perdana Menteri tidak dapat-dapat. Bapa Perdana Menteri, macam kenalah jaga disiplin, baik-baik ke macam mana?

Saya lihat bahawa bila jadi anak Perdana Menteri, suasana orang kata sangat berlainan, luar biasa orang kata. Artificial sikit. Sebab itu Allahyarham hantar saya ke boarding school di luar negara. Sebab dia nak saya membesar dalam suasana di mana saya dilihat atas kemampuan diri saya sendiri. Dan saya akan terpaksa compete dengan budak-budak lain tanpa ada apa-apa keistimewaan diberikan kepada saya. Jadi dia kata, kalau saya sekolah di Malaysia ini, takut orang akan berikan layanan yang lebih daripada orang lain. Jadi saya akan membesar dalam suasana berlainan. Yang kedua, Allahyarham cukup mengawal supaya saya dapat perbelanjaan yang tidak mewah. Kalau di sekolah dulu 20 sen, lepas itu tambah 30 sen sehari. Jadi saya tidak pergi ke sekolah dengan duit, poket penuh dengan duit. Tidak ada. Saya tidak macam itu. 30 sen, 40 sen macam tu. Dia nak train saya, jadi saya tahu the value of money. Jadi orang fikir kalau anak Perdana Menteri, orang putih kata ‘born with a golden spoon’, dia tidak begitu. Allahyarham cara dia very simple. Sampai masa tu di Seri Taman ada lah berbual-bual dengan Allahyarham untuk buat kolam renang yang kecil, akhirnya tidak jadi. Apa alasan Allahyarham? Takut orang marah, takut rakyat tidak boleh terima. Jadi, tidak jadi langsung. Jadi begitu teliti, begitu cermat apa pandangan rakyat kepada pemimpin.

Kita cuba dapat daripada floor kalau ada sesiapa yang nak bertanya. Sambil boleh tengok Instagram. Boleh ke, mic? Finaz ni medic student, Dato’ Sri. Finaz Abu Bakar. Saya pergi ke Moscow, saya jumpa. Dia ni medic student. Dekat mana Finaz?

Moscow, Russia.

Pandai cakap Russian?

Coot coot. Salam Dato’ Sri. Baru-baru Mei ini, Dato’ Sri ada persidangan di Sochi. Kami tunggu juga lawatan Dato’ Sri di Moscow tapi tidak tiba. Mungkin Dato’ Sri boleh datang kemudian. Saya ada 2 tahun lagi. Tapi apa yang saya nak tanyakan dalam kembara Dato’ Sri dalam 40 tahun ini, ada satu masa Dato’ Sri ada penyesalan, your regrets. So what do you do to overcome your regrets untuk sampai ke sekarang? Yang kedua, boleh tak saya dapat selfie dengan Dato’ Sri?  Boleh tak?

Come, take your handphone, on the stage. It’s your privilege Finaz. Saya pergi Dato’ Sri, dia cerita pasal Rusia punya sejarah, kalah orang Rusia.

Saya sebenarnya, ada kadang-kadang kita berdepan permasalahan besar yang merunsingkan kita dan sebagainya. Atau pun cabaran-cabaran dalam politik, orang kata jalan penuh dengan onak ranjau. Tapi kita mesti pegang satu falsafah, there must be no regret in life. Maknanya, don’t look back. Kalau kita dah fikir, dah pilih satu jalan tu, teruskan. Kalau kita ada second thoughts, kita fikir kita dah buat silap, regret, kita berbelah bahagi nanti. Saya pun walaupun kadang-kadang rasa politik ini menyusahkan ke apa, ada ketika rasa macam tu, bila orang dah serang kita dan serangan itu tidak patut atau dia buat fitnah dan sebagainya, itu memang pedih. Tapi saya beritahu diri saya, anggap saja ini semua asam garam dunia politik. Kalau kita dah masuk dunia politik, kita kena terima hakikat ini.

Ok Anas, graduate UNISZA. Sekarang felo perdana di pejabat Menteri Pendidikan Tinggi.

Assalamualaikum Dato’ Sri. Saya Mohd Anas. Saya merupakan felo perdana kepada Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri #SoaringUpwards. Soalan saya mudah Dato’ Sri, mungkin Dato’ Sri boleh kongsi sedikit pesanan atau nasihat yang telah diberikan oleh Tun sebelum ini, Tun Abdul Razak yang boleh memberi satu motivasi kepada kita atau satu inspirasi untuk terus menyumbang kepada negara. Terima kasih Dato’ Sri.

Allahyarham dia tidak banyak beri nasihat sebenarnya. Tapi lebih kepada perilaku dia. Tindakan dia sebagai pemimpin. Cara dia sebagai seorang pemimpin. Itu secara tidak langsung mempengaruhi saya. Itu saya lihat, Allahyarham juga a good motivator. Masa saya di sekolah, dia tak nak supaya saya tidak jadi top 3 dalam kelas. Jadi, tiap-tiap bulan kalau ada test nak tengok report card. Kalau dapat nombor satu, dia akan bagi 30 ringgit, berapa ringgit ke. Macam itulah, ada incentive system, macam ahli sukan kita pun ada sistem. Jadi, Allahyarham was always a good motivator. Dia juga secara subtle, secara halus. Dia selalu cerita waktu dia kecil dulu. Macam mana dia pergi ke sekolah kadang-kadang tanpa berkasut. Kadang-kadang, dia ke sekolah duit setengah sen dalam poket. Bagaimana di sekolah dulu dia di Langgar di Pekan, di tebing Sungai Pahang itu di mana tidak ada papan hitam pun. Dia buat kira-kira di atas pasir, kira-kira itu. Dia nak menggambarkan kepada saya bahawa dia sebagai seorang budak membesar dalam keadaan yang susah. Dia beri rangsangan kepada saya, yang kuat sekali. Saya boleh menggambarkan betapa susahnya kehidupan dia sebagai seorang yang semasa kecil di bangku sekolah. Tapi kerana dia berusaha bersungguh-sungguh hingga berjaya, dia selalu beritahu saya bahawa dia jadi law graduate hari ini masih rekod. Kerana dia lulus law degree dalam 18 bulan saja, setahun setengah. Dulu boleh combine papers. Dia kata dia belajar sungguh-sungguh, dia lulus dalam masa 18 bulan. Jadi dia nak beritahu, kalau dia boleh buat, maknanya kena la juga anak beranak boleh buat. So he was a great motivator.

Dari Instagram, ada juga. Daripada Fazira nama dia. Pada pendapat Dato’ Sri, apa sumbangan paling besar yang Dato’ Sri telah berikan dan sumbangan sepanjang tempoh pemerintahan. Jadi apa yang paling besar?

Sebenarnya kalau tanya saya, bila saya ambil alih sebagai Perdana Menteri dengan meletakkan dasar-dasar induk untuk negara kita, bila saya kaji keadaannya saya lihat Malaysia ini mungkin dalam keadaan apa yang kita sebutkan sebagai middle income trap. Jadi saya terpaksa menggubal sama-sama dengan rakan-rakan saya, satu dasar baru yang kita beritahu Dasar Transformasi Negara dengan GTP, ETP supaya kita dapat keluar dari kepompong middle income trap, membawa negara kita sebagai sebuah negara advance economy. Dan saya nampak dasar itu sudah pun dilaksanakan dan ada kesan-kesan kejayaannya. Cuma kita belum sampai garis penamatnya tapi kita sudah mula perjalanan ke arah mentransformasikan negara kita.  Saya fikir itulah, kalau nak tanya, saya barangkali itulah.

Dato’ Sri, Dato’ Sri beri BR1M satu perkara yang penting kerana menggerakkan ekonomi di bawah. Bagaimana lahir pemikiran Dato’ Sri untuk buat BR1M ni? Walaupun ada orang tidak setuju Dato’ Sri, tapi saya rasa ramai orang setuju Dato’ Sri.

Saya lihat bahawa ia ada asas teori bila kita bagi BR1M ini. Sebab bila kita bagi BR1M, kita menjadi satu pencetus kepada ekonomi mikro. Bulan yang lalu, bila saya di Bagan Datoh, tempat Dato Seri Zahid, dalam ucapan saya, saya kata dalam setahun suntikan BR1M pada ekonomi Bagan Datoh RM14 juta setahun. Setahun untuk ekonomi Perak, RM522 juta. Cuba bayangkan RM522 juta suntikan pada ekonomi Perak bererti bahawa permintaan kepada ekonomi Perak bertambah dengan lebih pada setengah bilion dan untuk negara kita, RM5.9 bilion setahun BR1M. Jadi maknanya peningkatan demand. Bila orang dapat duit, dia pergi kedai. Bila pergi kedai, dia beli barang. Bila beli barang, orang berniaga dapat pendapatan, dia beli dari supplier. Jadi ada dia punya multiplier effect. Sebab itu BR1M ada asas. Lagipun kita kurangkan subsidi minyak misalnya. Subsidi minyak merugikan, banyak ketirisan. Orang kaya dapat lebih faedah daripada orang kurang berpendapatan. Sebab orang bawa kereta Mercedes lagi untung daripada orang bawa Perodua. Lepas tu mat bangla pun dapat. Lepas itu yang jual diesel, bukan sikit nelayan yang jual diesel di tengah laut. Lepas tu lepas jual diesel, dia beli ikan dari orang Siam, dia bawa turun dia kata dia yang dapatkan ikan. Jadi ini semua banyak yang dikatakan ketirisan. Jadi kita kurangkan subsidi, kita pindahkan pada BR1M sebab BR1M kita buat cash payment secara langsung. Sebab itu bila saya rasa begitu terbela bila 35 economist Britain baru-baru ini, 35 para economist Britain kata bahawa BR1M adalah langkah yang terbaik untuk membantu orang.

Kalau ada soalan terakhir daripada floor? Kita cuba Mazwan, dari Universiti Kuala Lumpur.

Saya ada soalan nak tanya kepada Dato’ Sri. Sebagai Perdana Menteri, sudah pasti ada tindakan-tindakan dan keputusan yang Dato’ Sri kena buat. Yang akan affect seluruh negara. Boleh tak Dato’ Sri share cara-cara nak buat keputusan-keputusan yang sukar.

Saya beri dua contoh. Yang satu contoh ni, bila kapal terbang MH17 kena tembak. Bila kena tembak, lepas tu dalam rebel control area. Lepas tu, mayat-mayat yang bergelimpangan di atas padang kita tak dapat nak bawa keluar. Dan kotak hitam tidak dapat kita selamatkan. Jadi saya dalam keadaan dilema. Sebab saya dapat berhubung degan ketua pemberontak itu, Borodai. Kalau saya berhubung dengan ketua kerajaan, biasalah itu. Tapi ketua pemberontak pun saya boleh. Dan saya terpaksa buat keputusan sama ada saya patut hantar pegawai kita, Kolonel Sakri namanya, masuk dalam rebel control territory untuk bawa keluar mayat dan bawa keluar black box tu. Dan dalam hati saya, kalau dia masuk, lepas itu rebel tu mungkir janji dia? Sebab bila dia cakap dengan saya, dia beri jaminan. Tapi apakah boleh saya pegang cakap ketua pemberontak atau tidak. Dalam pada itu, keluarga mangsa semua dalam keadaan kesedihan. Sekurang-kurangnya dapat mengebumikan jenazah orang tersayang sekurang-kurangnya terubat juga. Jadi, mereka minta saya buat sesuatu sama ada saya patut hantar ketua pasukan kita dalam rebel control territory dengan lapan orang yang lain. Dan risiko masuk dlm kawasan rebel atau saya biarkan keadaan itu tanpa buat arahan tersebut, mungkin black box tidak dapat, mungkin mayat itu dapat lambat lagi diperolehi untuk dikebumikan. Jadi that was a very difficult decision to make. That’s a dilemma. Tapi akhirnya saya kata, I owe it to the families. Saya tidak sampai hati lihat muka keluarga dengan muka yang sedih. Dalam kesedihan tanpa dapat terima balik jenazah orang tersayang mereka. Jadi saya kata tidak apa. Tawakallah, saya kata dan saya buat sesuatu yang belum pernah saya buat dalam sejarah. Saya tidak ikut chain of command, saya tidak ikut pada PAT, Panglima Angkatan Tentera ke, Ketua Pengarah MKN ke, IGP ke, tidak! Terus dengan dia di mana saya beri arahan kepada Kolonel Sakri dan dia lapor terus pada saya. Pada setiap roadblock tu dia tanya, “Datuk, boleh saya pergi lagi?” Dia agaknya tidakut juga tapi akhirnya saya kata “Pergilah.  Insya-Allah, selamat.” Jadi, itulah sebagai latar belakang one of the most difficult decision sebagai Perdana Menteri yang pernah saya buat. Ada banyak cerita lain tapi itulah antara yang paling orang kata menyukarkan. Dan satu lagi, bila kita terpaksa buat keputusan yang kita tahu betul dan tepat tapi tidak popular. Sama ada sebagai seorang ahli politik, sama ada kita nak mendahulukan kepentingan populariti kita atau kita ada kesanggupan, ada keberanian, ada courage nak buat sesuatu yang betul untuk negara kita. Seperti memperkenalkan GST. Sebab saya tahu siapa yang perkenalkan GST, tidak popular tapi tanpa GST, ekonomi Malaysia akan lumpuh. Jadi bila harga minyak merudum jatuh, kita kehilangan hampir RM40 bilion hasil. Tanpa GST, barangkali susah, kita semua susah. Barangkali yuran universiti naik, penjawat awam kena kurangkan, segala-galanya implikasi yang cukup buruk boleh berlaku kepada negara kita. Jadi itu yang saya nak terangkan. Pembangkang mainkan isu GST tapi GST ialah penyelamat kepada ekonomi negara kita. Itu adalah beberapa contoh.

Dato’ Sri, daripada apa yang kita dah lebih kurang 40 minit Dato Sri, kita dapat bayangkan Dato’ Sri ini banyak stress. Banyak sangat. Bagaimana Dato’ Sri?

Stress kita kena tahu bagaimana nak manage stress. Kalau kita tidak tahu manage stress, stress is a killer. Kalau kita tidak tahu nak manage stress, blood pressure kita akan naik dan akan membawa kepada beberapa penyakit. Saya tidak tau macam mana saya boleh compartmentalize kan. Bila dah habis kerja, bila saya di rumah semua, mungkin ada penawarnya di rumah. Saya dapat tutup minda, saya kata tidak apalah. Now you’re at home, you’re a husband, you’re a father. Yang lain kita cuba jangan ganggu sangat fikiran, sebab there’s always next day. Ada saya pernah baca buku Colin Powell, dia jeneral di Amerika Syarikat dulu. Dia kata, “If you face a problem, remember, the next day things might look better.” Jadi, mungkin malam ini benda itu nampak dahsyat, buruk, tapi hari esok mungkin lebih baik atau lebih jernih lagi. So maknanya, you have to be quite philosophical. Ada kalanya things look better. Bila kita terima berita itu, dunia macam nak kiamat tapi the next day tu, things are a lot better

Dato’ Sri minat muzik? Boleh kongsikan dengan kita semua?

Ya, saya minat muzik juga tapi saya tidak pandai nyanyi sangat. Yang pandai nyanyi, my wife. Saya cuma appreciate muzik, adalah yang lagu-lagu saya suka. Saya ni era lama jadi saya suka lagu-lagu lama. Evergreen.

Contohnya?

Saya suka lagu-lagu Motown. Orang lama kan Bee Gees.

Maknanya kalau orang lama kita tengok, di sinilah.

Lagu Teluk Bayu. Tapi lagu moden pun saya tahu juga.

Jadi ini kita ada satu lagi soalan dari Instagram. Dari Aizat Reko. Jadi, apakah satu-satunya pelan utama, pelan Dato’ Sri Najib sendiri untuk ambil kembali hati anak muda yang kita dapat lihat golongan yang banyak mengkritik pentadbiran Dato’ Sri sebagai Perdana Menteri?

Saya ingat kita kena buat engagement dengan orang muda. Orang muda macam kain putih. Dia masih lagi fitrah manusia biasa dan dia bergantung kepada maklumat yang dia terima dan juga engagement yang kita lakukan. Jadi saya lihat, kita mesti banyak engagement dengan orang muda seperti mana kita lakukan hari ini, ramai orang muda hari ini. Lepas tu, kita kena pandai guna social media sebagai saluran kita. Sebab mereka tidak baca suratkhabar sekarang ini, jadi kita pakai social media, dan kita sampaikan melalui Youtube dan sebagainya. Twitter, Facebook. Supaya kita dapat berikan gambaran keadaan yang sebenarnya. Saya tidak fikir orang muda semua menentang kerajaan walaupun dia kritik. Tapi kalau kita ada the right explanation dan kita tahu macam mana nak olah dan sampaikan kepada orang muda, akhirnya orang muda boleh terima apa yang dilakukan oleh kerajaan.

Jadi dalam 2 minit, apa harapan Dato’ Sri kepada generasi belia, generasi remaja. Jika saya nak jadi ahli politik, apa nasihat yang boleh diberikan?

Terutamanya kena jadi ahli politik UMNO dan BN. Nombor satu. Saya nampak kita mesti ada sesuatu orang kata misi dalam bidang kita. Maknanya kalau nak jadi orang politik, we must be passionate about it. Kita mesti ada calling dalam kita. Kalau kita nak jadi orang politik, untuk apa? Jika tanya apa kepuasan, soal satisfaction, macam doktor. Apa kepuasan dia? Kepuasan dia untuk sembuh orang sakit, nyawa-nyawa ikan dia boleh sembuh, itu satisfaction dia paling tinggi. Tapi kalau orang politik, apa satisfaction dia? Bagi saya, kalau tanya saya, biggest satisfaction, kalau dapat menolong orang susah. Itu sahaja. Kadang-kadang hairan saya, bukan soal dasar besar tapi kalau ada orang tu, saya tengok ada orang kampung datang minta tolong saya susah, dalam keadaan rumah daif. Tapi kerana saya dapat bantu dan dia dapat sesuatu kelegaan dalam hidup. That is the biggest satisfaction bagi saya. Sebab itu kadang-kadang bila saya rasa politik ini berat sangat, saya lihat, saya dapat bantu orang, saya boleh tolong orang susah, saya boleh buka sesuatu permasalahan yang dihadapi, kerana saya bantu mereka dapat sesuatu yang dikehendaki secara ikhlas. Bukan soal nak bagi projek kat orang, tidak. Tapi dapat bantu orang yang genuine, dengan ikhlas. Jadi itu kepuasan yang mendalam bagi diri saya.

Terima kasih Dato’ Sri. Terima kasih atas perkongsian yang saya kira ada banyak momen-momen yang Dato’ Sri kongsikan yang kita tidak pernah dengar sebelum ini. Jadi saya kira, program kita hari ini 60 minit bersama Perdana Menteri. Jadi marilah kita berikan tepukan gemuruh kepada Perdana Menteri kita.

Terima kasih Dato’ Sri. Hidup PM. Hidup PM. Hidup PM.

Shares Share Kategori : Blog, Featured Articles