11 Disember, 2017

Bajet2018: Inklusif dan Menyeluruh


Bajet 2018 yang saya bentangkan pada Oktober lalu telah diberi gelaran pelbagai nama. Antaranya: ibu segala bajet, bapa segala bajet, bajet pilihanraya, dan macam-macam lagi.

Tetapi nama yang paling mencerminkan Bajet 2018 kali ini bagi saya adalah: Bajet Inklusif dan Menyeluruh.

Ini adalah kerana Bajet 2018 ini menyentuh keperluan dan kehendak setiap lapisan masyarakat, tiada yang tertinggal.

Daripada golongan B40, M40, T20, kepada pesawah, petani, pekebun kecil, nelayan, warga emas, orang kelainan upaya, guru agama, para pelajar, malah anak yang belum lahir pun ada peruntukan yang tersedia untuk mereka.

Bagi menerangkan dengan lebih terperinci segala inisiatif dan peruntukan ini, beberapa siri temu bual Pasca Bajet akan disiarkan di laman media sosial saya bersama beberapa personaliti yang arif berkenaan topik-topik Bajet 2018 yang menyentuh keperluan ramai rakyat Malaysia.

Saya percaya melalui siri temu bual ini juga, semua akan dapat maklumat yang lebih tepat dan terperinci mengenai rasional di sebalik setiap pengumuman, selain juga manfaat yang dibawa melalui pengumuman-pengumuman tersebut.

Semoga dengan ini juga, kita akan terus kekal berhubung.

Shares Share Kategori : Blog, Featured Articles