24 , 2015

Dana Untuk Menggerakkan Jentera Parti


Petang semalam saya merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Alor Setar.

Saya telah lama dalam politik, lebih 40 tahun, dan saya akan terus mempertahankan maruah dan kepentingan UMNO.

Untuk memastikan UMNO terus berkhidmat kepada rakyat, saya sentiasa berusaha mencari dana untuk menggerakkan jentera parti.

Tun Dr Mahathir sendiri mengakui di dalam buku Transparency International, di mana dia sebut ‘every political party needs money’.

Dalam usaha mendapatkan dana politik, saya berpegang teguh kepada beberapa prinsip penting

(i) jangan mencuri duit orang

(ii) tidak menyalahi undang-undang

Isu dana ini saya boleh terangkan kepada ahli-ahli UMNO secara terperinci tetapi ia mestilah dilakukan secara tertutup. Perbincangan secara terbuka hanya akan merosakkan UMNO.

Saya ada hak sebagai Presiden parti dan ketika saya menjadi timbalan, saya tidak pernah menyoal Presiden parti mengenai dana yang diperoleh untuk UMNO.

Saya dipilih oleh perwakilan melalui sistem yang paling demokratik dalam UMNO tanpa undi bonus atau kuota.

Selagi ahli UMNO pilih dan mahu saya, saya tetap akan terus memimpin UMNO.