19 Februari, 2017

Dividen 2016 oleh KWSP untuk pencarum


Alhamdulillah, KWSP telah umumkan dividen sebanyak 5.7 peratus yang berjumlah RM37.08 bilion kepada pencarum bagi tahun 2016

Pembayaran dividen oleh KWSP ini adalah cukup baik meskipun kita berdepan keadaan ekonomi global yang amat mencabar pada tahun lalu, di mana banyak negara berdepan dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

Ini ditambah pula dengan ketidaktentuan dan perubahan dasar dan kepimpinan di Eropah, Amerika Syarikat dan negara-negara lain yang membawa kesan kepada pelaburan global.

Syabas kepada warga KWSP yang terus memastikan pulangan baik daripada pelaburan untuk manfaat hari tua pencarum.

(Foto Bernama)

Shares Share Kategori : Blog, Featured Articles