Ekonomi Malaysia 2016

By February 16, 2017 Blog, Featured Articles

Sekali lagi, data membuktikan bahawa ekonomi Malaysia bukan seperti yang diuar-uarkan pembangkang, seolah-olah negara kita ini bakal di ambang muflis dan krisis.

Hari ini, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan bahawa ekonomi negara berkembang 4.5% pada suku keempat 2016, disokong oleh peningkatan berterusan dalam perbelanjaan sektor swasta, membawa kepada pertumbuhan keseluruhan sepanjang tahun sebanyak 4.2%.

Pada masa sama, setakat 31 Januari 2017, rizab negara berjumlah USD 95 bilion atau RM426 bilion.

Alhamdulillah, perencanaan kita mengurus tadbir ekonomi negara berdepan cabaran global tahun lalu telah berhasil, dan kita akan meneruskan lagi kerja-kerja bagi memastikan ekonomi negara kekal sihat dan pertumbuhan bertambah dari masa ke masa.