Inisiatif ‘Negaraku’

By February 7, 2017 Blog, Featured Articles

Sempena sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini, Kerajaan bersetuju melancarkan satu inisiatif “Negaraku” yang bertunjangkan semangat cintakan Malaysia.

Inisiatif “Negaraku” ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat cintakan Negara dalam diri rakyat, mengenepikan sebarang perbezaan serta bersatu hati dalam menjayakan cita-cita kita bagi membentuk Malaysia yang lebih makmur dan berjaya.

Pelbagai program dan rancangan akan diadakan dengan kerjasama Kementerian dan agensi kerajaan bagi menjayakan inisiatif ini, yang akan melibatkan rakyat dari setiap lapisan masyarakat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak bertanggungjawab untuk menjalankan program ini.