1 Mac, 2016

Isu Kaca Dalam Makanan


Peristiwa anak-anak SJKT Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor yang termakan kaca di dalam mi goreng tidak sepatutnya berlaku. Saya kongsi perasaan marah dan kecewa ibu-bapa.

Saya berharap dan berdoa anak-anak yang terlibat dengan kejadian ini berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan.

Siasatan rapi perlu dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang timbul dalam prosedur operasi agar peristiwa begini tidak berulang lagi.

Program Rancangan Makanan Tambahan adalah program yang baik untuk membantu pelajar yang memerlukannya tetapi jika timbul masalah seperti ini dalam pelaksanaannya, maka terjejaslah imej dan hasrat program murni ini.

Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab mendatangkan bahaya dan mengakibatkan kecederaan terhadap murid-murid ini. Pada masa sama, Kementerian Pendidikan Malaysia juga akan memberikan penjelasan yang memuaskan kepada ibu bapa berkenaan kejadian ini.