6 Oktober, 2018

Jaminan pemimpin-pemimpin DAP turunkan harga barang


Mengikut laporan media dua hari yang lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan terhadap 384 barang dan perkhidmatan sejak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan pada 1 Sept lalu.

Dari 384 item ini, KPDNHEP mendapati 51 item telah naik harga di antara lima dan 10 peratus, 29 item mengalami penurunan harga antara empat hingga enam peratus manakala harga 304 item yang lain tidak berubah berbanding semasa pelaksanaan GST.

Nampaknya jaminan pemimpin-pemimpin DAP dan PH sebelum ini bahawa SST akan mengurangkan harga barang tidak tercapai.

Saya jangka kadar inflasi untuk bulan September mungkin mengalami kenaikkan berbanding bulan yang lepas.

Dengan GST pengelakkan cukai dapat dicantas, rakyat mendapat BR1M, mendapat pelbagai bantuan dan penjawat awam mendapat kenaikkan gaji dan bonus.

Dengan SST yang dihantam oleh menteri hantam sahaja, rakyat mendapat janji-janji yang dicapatikan dan 51 lagi item yang naik harga.

Namun, peluang untuk mengurangkan cukai koporat dan peribadi untuk menarik pelaburan tak dapat dilaksanakan malah cukai-cukai baru yang lain dijangka akan di kenakan untk menampung kekurangan hasil kerajaan.