23 Disember, 2014

Langkah-langkah permohonan PR1MA


PR1MA

Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) adalah inisiatif Kerajaan pusat untuk menawarkan perumahan mampu milik dan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar yang berpendapatan sederhana.

Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000.

Mereka yang layak hanya perlu membuat permohonan secara di http://www.pr1ma.my/ atau ke pejabat PR1MA untuk mengisi borang tanpa dikenakan sebarang bayaran. Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut mengenai cara permohonan skim PR1MA dalam infografik di bawah. – Admin.

Shares Share Kategori : Blog, Housing