Lawatan ke SK Sungai Ladong

By January 31, 2016 Blog

Pagi tadi, saya telah membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Ladong di Simunjan, Sarawak bagi meninjau keadaan sekolah tersebut.

Sekolah ini telah mula beroperasi sejak 1 Januari 1957 dan saya menerima laporan bahawa keadaan infrastrukturnya semakin uzur setelah sekian lama.

Melihat persekitaran dan bangunan sekolah, adalah didapati bahawa sekolah ini tidak lagi selamat akibat hakisan tanah dan tidak kondusif untuk sesi-sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kemudahan asas, pendawaian dan peralatan elektrik seperti projektor juga dapat dilihat dengan jelas mengalami kerosakan dan sudah tidak berfungsi dengan baik.

Saya berasa amat sedih dan dukacita membayangkan situasi di mana 20 orang pendidik dan 169 murid-murid sekolah perlu menjalankan tugas dan menimba ilmu dalam keadaan sebegini setiap hari.

Penambahbaikan perlu dibuat di sekolah ini bagi memastikan murid-murid di sini dapat meneruskan sesi pembelajaran mereka dengan infrastruktur yang baik, keadaan yang selamat dan persekitaran yang kondusif.

Saya telah pun mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk, dengan segera, mengubahsuai dan menambahbaik bangunan sedia ada serta memulakan kerja pembinaan bangunan yang baru dilengkapi dengan makmal sains di kawasan bersebelahan.

Projek ini akan dipantau oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan ADUN Sebuyau Datuk Hj Julaihi dan laporan kemajuan akan dikemukakan kepada saya mengikut fasa sehinggalah selesai.

sg-ladong-p1

sg-ladong-p2

sg-ladong-p3

sg-ladong-p4