24 , 2015

Lawatan ke SK Taman Sungai Besi


Tengahari tadi saya membuat lawatan ke SK Taman Sungai Besi Indah yang kini di kawasan perindustrian Sungai Besi buat sementara.

Saya ingin melihat murid-murid di sini belajar dalam keadaan persekitaran yang kondusif dan selesa.

Setelah mendengar taklimat dan melihat sendiri keadaannya, saya telah mengarahkan, dengan segera, @Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan:

(i) keadaan lebih selesa di setiap bilik termasuk bilik perpustakaan.

(ii) kawasan lapang di pintu depan dilitupi ‘awning’ agar murid-murid dapat mengadakan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah serta memastikan mereka dilindungi daripada sinar matahari terik dan hujan,

(iii) ditambahkan bilik air bagi keselesaan pelajar dan kakitangan sekolah

Ketua Setiausaha @Kementerian Pendidikan Malaysia, Tan Sri Madinah Mohamad, akan melaksanakan kesemua di atas bagi keselesaan kakitangan dan murid-murid dan beliau akan melaporkan status kemajuannya kepada saya sehingga selesai.