15 , 2015

Majlis Konvensyen UMNO Kedah


Sering disebut bahawa tidak kira sama ada kita sebut solidariti, persepakatan atau kerjasama dalam kalangan ahli UMNO, yang penting adalah kita tidak akan berjaya sekiranya kita bersengketa dan berpecah-belah sesama kita.

Tahniah kepada jentera UMNO Kedah kerana Alhamdulillah kita bertemu di Konvensyen UMNO Kedah pagi semalam dalam keadaan kita sebagai parti pemerintah negeri Kedah. Kita perlu mengambil kegagalan Kerajaan Kedah sebelum ini dan juga apa yang menjadi faktor kejayaan kita memenangi Kedah sebagai iktibar untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang.

Antara faktor penyumbang kemenangan kita adalah permuafakatan dan semangat sepasukan kita. Kurangkan permasalahan dalaman dan jangan cantas-mencantas antara satu sama lain. Jangan wujud dua pasukan dalam bahagian.

Sentiasa pastikan kita tidak lupa tugas utama kita, iaitu pastikan UMNO terus berkuasa memimpin dan memperjuangkan hak rakyat yang sentiasa dekat di hati.

Alhamdulillah saya lihat sebuah semangat baru dalam kalangan ahli UMNO Kedah yang hadir, dan mudah-mudahan pada konvensyen akan datang kita akan lihat semangat ini kekal subur dan dijadikan suatu punca inspirasi untuk kita terus berjuang.

FB_UMNO 1

FB_UMNO 2

FB_UMNO 3

FB_UMNO

Shares Share Kategori : Blog, Politics