30 , 2015
Majlis Makan Malam Penghargaan Huazong
Dalam Majlis Makan Malam Penghargaan Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) semalam, saya telah berkata bahawa setiap lapisan masyarakat Malaysia perlu mengamalkan sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain terutamanya dalam konteks kepercayaan agama dan budaya masyarakat majmuk di negara kita.
Sebagai Perdana Menteri, saya mewakili semua masyarakat dan etnik di Malaysia dan saya percaya bahawa kita haruslah meneruskan konsep kesederhanaan serta menolak sebarang bentuk ekstremisme bagi mengekalkan keharmonian dan perpaduan Malaysia.