Majlis Peletakan Batu Asas Hospital Baharu Sri Aman

By February 27, 2015 Blog

Kemudahan dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti serta berpatutan adalah antara perkara asas yang sering dititikberatkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk kesemua rakyat Malaysia tidak kira di mana mereka berada.

Setiap tahun, Kerajaan Persekutuan membelanjakan sejumlah RM23.3 bilion untuk penjagaan dan kemudahan kesihatan dan Hospital Sri Aman baru ini merupakan satu lagi inisiatif Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri dalam usaha kami untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, terutama di luar bandar.

Insya-Allah, saya percaya pembinaan hospital baru ini – menggantikan hospital lama yang telah berusia lebih 50 tahun – memang dinantikan rakyat Sri Aman dan akan menyediakan kemudahan kesihatan lebih baik dan berkualiti untuk rakyat di sini.

facebook 3

facebook 1

facebook 2