17 Mei, 2015

Majlis ‘Sepetang bersama Perdana Menteri’ anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor


Dalam Majlis ‘Sepetang bersama Perdana Menteri’ anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor semalam, saya menegaskan bahawa setiap Perdana Menteri melakukan yang terbaik serta mempunyai jasa dan sumbangan buat negara pada zaman masing-masing.

Apa yang penting adalah untuk melakukan yang terbaik dalam zaman kita kerana sejarah akan menilai kita, dan saya berazam untuk melakukan terbaik bagi rakyat.

Setiap Perdana Menteri mempunyai cabaran dan ujian tersendiri ketika zaman masing-masing termasuk Tun Dr Mahathir. Ketika beliau berdepan ujian UMNO diharamkan pada 1987, Tun Dr Mahathir berkata jika beliau menang satu undi pun, beliau akan tetap jadi Perdana Menteri dan walaupun hampir 50 peratus anggota UMNO tolak kepimpinannya, beliau tetap tidak turun.

Maknanya, saya juga amalkan prinsip yang sama. Saya dipilih melalui proses demokrasi dan selagi saya mendapat sokongan, saya akan terus melakukan yang terbaik sebagai Perdana Menteri.

Selain itu, saya menekankan bahawa agenda untuk memastikan UMNO dan BN terus berkuasa di bumi bertuah ini juga wajib diperjuangkan. Ayuh rapatkan barisan kita dan berusaha lebih gigih lagi untuk pastikan Pilihan Raya Umum ke-14, BN akan berjaya seterusnya pastikan bumi Malaysia ini terus dipimpin oleh BN. Hidup UMNO! Hidup BN!

IMG_0694

IMG_0695

IMG_0696