19 Mei, 2015

Majlis Veteran UMNO Sepetang Bersama Presiden


Dalam ucapan saya di Majlis Veteran UMNO Sepetang Bersama Presiden semalam, saya telah berkata bahawa UMNO kini lebih terbuka dan demokratik dari aspek pemilihan pemimpin parti setelah perlembagaan parti dipinda pada tahun 2009.

Sistem pemilihan baru ini lebih telus dengan penglibatan 147,000 ahli berbanding sistem dahulu yang dihadkan kepada 2,600 perwakilan serta menggunakan undi bonus dan kuota.

Saya adalah Presiden UMNO pertama yang dipilih di bawah sistem ini. Sekiranya saya ingin kekal memimpin selama 22 tahun seperti Tun Mahathir, sudah tentu saya akan mengambil perjalanan politik yang mudah dan tidak akan bersetuju dengan cadangan untuk meminda perlembagaan parti.

Saya mengingatkan sekali lagi kepada ahli parti, bahawa hanya kalau kita berpecah dari dalam sahaja yang akan mengakibatkan kita kehilangan kuasa.

Jangan binasakan UMNO, sayangilah UMNO dan jagalah UMNO. Meskipun apa cabaran yang kita tempuhi, kita mampu harunginya sekiranya kita kekal bersama.

IMG_0760

IMG_0761

IMG_0762