26 April, 2016

Manifesto Barisan Nasional PRN Sarawak


BNM-2016-New-BM-MANIFESTO

Sejak Sarawak sama-sama membentuk Malaysia, banyak kemajuan dan pembangunan telah kita laksanakan bersama. Walaupun begitu, kita ingin terus memajukan Sarawak setanding atau lebih maju lagi dengan kemajuan di Semenanjung Malaysia.

Antara perkara utama yang dititikberatkan oleh Barisan Nasional dalam masa terdekat ini adalah menambah baik rangkaian perhubungan di Sarawak, seperti perhubungan antara bandar, membuka peluang ekonomi melalui hubungan rangkaian, selain menambah baik perhubungan internet serata negeri.

Lebuhraya Pan Borneo yang kini sedang pesat dibangunkan adalah sebahagian daripada usaha tersebut. Bila siap kelak, lebuh raya ini akan kekal bebas tol kepada penggunanya, selain membuka banyak peluang ekonomi bagi penduduk di sekitar kawasan lebuh raya tersebut.

Tambahan kepada itu, banyak kerja-kerja pembinaan turut dipertanggungjawabkan kepada kontraktor-kontraktor tempatan, anak-anak Sarawak sendiri.

Banyak lagi usaha pembangunan dan kemajuan ekonomi yang sedang dan akan terus kita lakukan untuk Sarawak dan rakyatnya. Kita akan pastikan tiada sesiapa sekalipun ketinggalan dalam arus pembangunan negara.