17 Jun, 2015

MAPPA XIV


Dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-14 (MAPPA XIV) pagi tadi, saya telah mengumumkan, antara lain,

i) Bantuan Khas Raya sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam dengan Gred 54 dan ke bawah;

ii) Kadar baru terendah imbuhan tetap perumahan RM300 serta 25% bagi yang menduduki kuarters;

iii) Jabatan yang berjaya membuat penjimatan akan mendapat imbuhan dalam bentuk lain;

iv) Rawatan di pusat jantung Sarawak akan dikenakan caj hanya sebanyak RM3.00;

v) Pembedahan jantung di hospital-hospital awam dikenakan caj hanya RM500;

vi) Bantuan Khas Raya sebanyak RM250 kepada setiap pesara Kerajaan;

Selain itu, mulai 1 Januari 2016, saya berazam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dilancarkan dengan gigih dan bersemangat kerana inilah lonjakan terakhir sebelum kita sampai ke status negara maju.

Impian kita sebagai negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dapat kita kecapi melalui sebuah pentadbiran yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.