30 , 2015

Meninjau Perkhidmatan Jabatan Kastam Ke Arah Pelaksanaan GST


Pagi tadi, saya berada di Jabatan Kastam Kelana Jaya untuk melihat sendiri persediaan serta perkhidmatan sedia ada ke arah pelaksanaan GST pada 1 April nanti.

nr1

Sesi walkabout tadi bermula dengan taklimat di Pusat Pemprosesan GST iaitu tempat memproses pendaftaran GST bagi permohonan daripada peniaga diikuti dengan Pusat Panggilan GST yang menerima panggilan daripada orang awam, terutamanya peniaga.

facebook & nr2

Panggilan-panggilan ini meliputi pelbagai perkara termasuk pendaftaran perniagaan, proses pemfailan GST, kategori barangan dan perkhidmatan sama ada dikenakan GST atau tidak dan sebagainya.

nr3

Saya berkesempatan duduk bersama Pegawai Kastam, Khirjaa, yang menerima panggilan dari Tanah Rata. Cukup profesional dan penerangan yang jelas telah disampaikan.

nr4

Walau bagaimanapun, setelah meneliti statistik panggilan masuk dan sumber sedia ada secara keseluruhannya, saya menekankan tadi kepada Dato’ Seri Husni dan Ketua Pengarah Kastam betapa pentingnya kita memperkukuh sumber manusia dan kewangan pusat panggilan ini supaya dapat menerima sebanyak panggilan yang mungkin dan tidak membiar pemanggil menunggu lama.

Dalam perjumpaan dengan warga Kastam dari seluruh negara yang terlibat dengan pelaksanaan GST, saya telah menetapkan sasaran baru ‘abandon rate’ pada kadar 5 peratus sahaja untuk Pusat Panggilan GST di Jabatan Kastam ini.

nr5

Saya yakin pihak Kastam mampu menambah baik perkhidmatan mesra pelanggan yang sedia ada dan Kerajaan akan membantu pihak Kastam merealisasikannya. Konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan tetap menjadi panduan pentadbiran saya.