Meraikan Komuniti PR1MA@Kedah

By January 17, 2017 Blog, Featured Articles

Lebih kurang 2 tahun lalu ketika saya datang ke Sungai Petani merasmikan pecah tanah pembinaan PR1MA di sini, kawasan ini dipenuhi kelapa sawit.

Hari ini, kawasan ini telah berubah wajah bukan sahaja sebagai kawasan perumahan PR1MA, malah adalah salah satu projek perumahan terbesar di Kedah dengan 2,744 unit kediaman.

PR1MA Kedah 3

Saya berpeluang berjumpa dengan ramai pemilik dan bakal pemilik kediaman PR1MA di Majlis Meraikan Komuniti PR1MA Kedah hari ini, selain meninjau sendiri kediaman PR1MA yang disediakan.

Alhamdulillah, kediaman PR1MA saya lihat cukup selesa, dan suka juga saya diberi maklum bahawa insiatif Kerajaan memperluaskan kemudahan pinjaman kepada pembeli rumah mendapat sambutan dengan permohonan diterima meningkat sebanyak 100 peratus.

PR1MA Kedah 1

Saya turut mengumumkan dasar baru bagi menambah lagi nilai hartanah PR1MA. Kita akan tingkatkan had kelayakan pendapatan isi rumah untuk PR1MA daripada RM10 ribu kepada RM15 ribu serta memendekkan tempoh moratorium kepada 5 tahun berbanding 10 tahun sebelum ini.

Saya faham dan sedar bahawa memiliki rumah sendiri yang selesa adalah keinginan dan impian ramai, sebab itulah agenda perumahan untuk rakyat amat dekat di hati saya. Kerajaan ambil berat semua pelaksanaan inisiatif berkenaannya bagi pastikan ia sampai kepada golongan sasar, Insya-Allah.

PR1MA Kedah 2