10 September, 2015

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO


Alhamdulillah, Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO diadakan dalam suasana yang sangat baik dengan semangat setiakawan yang tinggi. Kita membincangkan pelbagai perkara.

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti telah menyatakan kesetiaaan dan kesanggupan beliau berjuang untuk memastikan kejayaan UMNO dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Begitu juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mempamerkan komitmen yang sama. Beliau menyatakan kesanggupan bekerja demi kepentingan parti.

Turut di bincangkan hal-ehwal semasa dan kepentingan solidariti dalam saf kepimpinan UMNO dan Majlis Tertinggi sebagai asas dalam menjamin kelangsungan UMNO sebagai parti yang berkuasa.

Isu pemecatan dalam parti tidak dibincangkan langsung dalam mesyuarat.

Ada beberapa perkara perlu ditangani untuk memenuhi kehendak rakyat termasuk soal 1MDB yang kini dalam proses rasionalisasi dan pengurangan beban hutangnya.

Begitu juga dalam pengendalian dana yang diterima oleh parti politik termasuk oleh pembangkang, buat masa ini tidak ada undang-undang berkaitan dana politik yang menuntut mereka mendedahkan pemberian itu. Malah penganjur Bersih 4.0 enggan mendedahkan sumber dana mereka.

Empat tahun dahulu, saya pernah mencadangkan kaedah yang sesuai untuk mengawal selia pembiayaan politik tetapi tidak pula dipersetujui oleh pembangkang.

Pada masa akan datang, saya berharap kita dapat melaksanakan kaedah yang sesuai supaya dana dan sumbangan politik lebih telus.

Selain itu, Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 8 hingga 12 Disember.

Bersabit perhimpunan rakyat, UMNO tidak terlibat dalam penajaan perhimpunan tersebut tetapi kita akui ada pemimpin UMNO yang mewakili NGO masing-masing yang rasa mereka patut terlibat. Pendirian UMNO adalah jelas bahawa kita mesti patuh kepada undang-undang negara termasuk arahan daripada pihak Polis.

Berkenaan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ada ketua bahagian menerima rasuah, saya serah kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

AuumBtA_ULwZKPZtx8z38tg53PaDQfP7kI5QQlfY4kcT