Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO 26 Februari 2015

By February 26, 2015 Blog
majlisTertinggiUmno

Dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam tadi, saya telah mengumumkan bahawa Barisan Nasional tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac ini bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembaikpulihan pasca banjir dan membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan.

Selain itu, saya turut menekankan kepentingan mengekalkan serta memperkukuhkan perpaduan ummah sebagai satu lagi faktor pertimbangan kepada keputusan untuk tidak bertanding di PRK tersebut, juga atas dasar menghormati serta memperingati mantan penyandang kerusi DUN Chempaka, Allahyarham Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.