1 September, 2016

MRT: Masa Depan Pengangkutan Negara


Projek MRT adalah projek yang amat dekat di hati saya, sebuah projek yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan lebih pesat buat negara dan lebih penting lagi, membantu rakyat menjalani kehidupan seharian yang lebih selesa.

Saya sering meninjau dan meneliti perkembangan projek ini dari semasa ke semasa, dan hari ini saya melawat sendiri stesen MRT di Semantan dan menaiki tren MRT buat kali pertama.

WhatsApp Image 2016-09-01 at 20.11.51 WhatsApp Image 2016-09-01 at 20.10.45

Perkara pertama yang menarik perhatian saya setibanya di stesen MRT ini adalah kecanggihan dan keselesaan kemudahan yang disediakan. Saya lihat juga bahawa platform tempat menunggu begitu luas dan mampu menampung ramai pengguna.

Menaiki MRT, saya dapat rumuskan bahawa bukan platform menunggu sahaja luas, malah gerabak MRT juga luas dan selesa. Masa perjalanan stesen ke stesen juga pantas, dan saya dimaklumkan bahawa di waktu puncak, selang waktu atau interval antara tren cuma 3.5 minit!

WhatsApp Image 2016-09-01 at 20.10.46 WhatsApp Image 2016-09-01 at 20.10.44

Setakat hari ini, kemajuan projek laluan Sungai Buloh dan Kajang (SBK) telah mencapai 89%, dan fasa pertama daripada Stesen Sungai Buloh sehingga ke Stesen Semantan akan beroperasi bermula Disember tahun ini, dengan baki laluan lain siap pada Julai 2017.

Projek ini adalah antara bukti utama pendekatan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” dibawa kerajaan, dan akan membawa banyak manfaat kepada ramai pengguna. Saya tidak sabar untuk melihat rakyat Malaysia menaikinya buat kali pertama hujung tahun ini, Insya-Allah.

WhatsApp Image 2016-09-01 at 20.10.43 WhatsApp Image 2016-09-01 at 20.11.03

Shares Share Kategori : Blog, Featured Articles