16 , 2015

Pelancaran Blueprint Sektor Perkhidmatan dan Pelan Induk Logistik dan Fasilitasi Perdagangan


Petang tadi saya melancarkan Blueprint Sektor Perkhidmatan dan Pelan Induk Logistik dan Fasilitasi Perdagangan. Saya juga menekankan bahawa sektor perkhidmatan adalah peneraju utama ekonomi dan penjana penting peluang pekerjaan di Malaysia.

Ketika pelancaran tadi saya menyebut bahawa sektor tersebut menyumbang 55% kepada KDNK dan menyediakan 8 juta pekerjaan iaitu 62% daripada jumlah keseluruhan pekerjaan pada tahun 2014. Usaha-usaha transformasi yang digariskan dalam Blueprint Sektor Perkhidmatan dan Pelan Induk Logistik dan Fasilitasi Perdagangan membuktikan kesungguhan Kerajaan terhadap meningkatkan ekonomi dan taraf hidup rakyat.

Kerajaan sedar akan kesukaran perancangan dan promosi sektor dan bagi mengatasi masalah tersebut, Jawatankuasa Khas Sektor Perkhidmatan telah ditubuhkan.

Selain itu, saya juga menyeru semua pihak iaitu agensi-agensi untuk bekerjasama bagi memastikan kejayaan pelaksanaan pelan ini dan membawa tahap pembangunan ekonomi yang lebih tinggi lagi. Akhir sekali, saya juga menekankan bahawa pembangunan sektor perkhidmatan adalah meluas dan pesat yang mana akan dapat dinikmati oleh semua rakyat.

FB-1

FB-2

FB-3