14 Februari, 2017

Penambahbaikan Hospital Serdang


Saya sudah terima laporan daripada Kementerian Kesihatan berkenaan penambahbaikan yang saya cadangkan semasa lawatan ke Hospital Serdang bulan lepas. Insya-Allah, pada Mac ini, Hospital Serdang akan berupaya menguruskan pesakit dan pelawat dengan lebih lancar serta selesa, terutama sekali di wad bersalin dan kanak-kanak.

Keperluan asas telah ditambah seperti kerusi untuk ruang menunggu di wad kecemasan, tilam khas bersalin, tilam ‘ripple’ bagi pesakit kronik, katil sofa untuk ibu bapa di wad pediatrik dan 7 buah ambulan yang baru. Ini akan membolehkan lebih ramai orang menerima rawatan dalam masa yang lebih singkat dan efisyen.

Saya akan sentiasa memastikan rakyat menerima perkhidmatan awam yang terbaik.

Shares Share Kategori : Blog, Featured Articles