21 Januari, 2016

Pengorbanan Anggota Keselamatan Serta Peranan Rakyat


Dalam kita memantapkan soal keselamatan dalam negara berikutan beberapa kejadian keganasan yang berlaku di negara-negara lain, kita sering terlepas pandang adalah usaha serta pengorbanan yang dilakukan anggota keselamatan kita dalam memelihara keamanan dan membendung kejadian tidak diingini.

Terdapat pelbagai inisiatif yang telah diambil secara proaktif oleh pasukan keselamatan kita, sama ada pasukan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Diraja Malaysia serta banyak lagi agensi keselamatan lain di Malaysia.

Banyak kerja yang mereka lakukan di belakang tabir dan di luar pengetahuan umum, tetapi yang pastinya kerja-kerja ini bertujuan untuk memastikan kita semua kekal selamat dan terlindung daripada ancaman keganasan. Sama-sama kita doakan Allah SWT pelihara anggota keselamatan kita ketika menjalankan tugas.

Tugas dan tanggungjawab memelihara keselamatan tidak terletak di atas bahu anggota polis, tentera dan anggota keselamatan semata-mata. Kita sebagai rakyat Malaysia juga harus memainkan peranan ke arah memastikan keamanan ini terpelihara.

Antara langkah paling mudah adalah dengan tidak menyebarkan berita palsu atau tidak sahih yang boleh menimbulkan rasa tidak senang dan ketakutan kepada orang ramai.

Setiap daripada kita mempunyai peranan kita sendiri, dan jika setiap seorang daripada kita memainkan peranan tersebut dengan niat serta harapan tulus dan ikhlas untuk memastikan negara yang kita cintai ini kekal aman dan terlindung dari ancaman keganasan, Insya-Allah, dengan rahmat Allah jua Malaysia akan terus dilindungi dan aman sejahtera.

ApO_98IjiDVJ5Xj3aXSpZ3ABFSpiejL7Py5Mel0ejEDZ

AiBlYsoN4ISYKPWTi0J-G_fc0jAq9ZZXVSeSVQhW1OSg

Ajbf32U0L-vGk5gOj3Ibuj1KFP8Iow0KVEnqLZSG56FU

AntCYJ4q6Pd0qneONHD47zC1pP5d6T0csw1QQMBuOeVC