Pengukuhan Kepimpinan UMNO

By January 29, 2016 Blog

Alhamdulillah, Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO telah selesai dijalankan sebentar tadi.

Dalam mengukuhkan kepimpinan UMNO, Majlis Tertinggi telah bersetuju dengan rombakan kepimpinan tersebut:-

1) Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baru menggantikan Datuk Ahmad Maslan.

2) Datuk Ahmad Maslan dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO dan juga diberi tanggungjawab baru sebagai Pengerusi Biro IT UMNO.

3) Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim dilantik sebagai Pengerusi Daftar Pemilih dan Keahlian UMNO.

4) Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah dilantik sebagai Pengerusi Biro Kebajikan UMNO.

5) Dato’ Razali Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi Biro IPTS.

6) Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican dilantik sebagai Pengerusi Biro UMNO Luar Negara.

7) Datuk Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Pengerusi Biro Ekonomi UMNO, jawatan yang sebelum ini disandang Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Selain daripada itu, Majlis Tertinggi juga telah membuat keputusan bahawa Persidangan Tahunan Cawangan UMNO akan bermula pada 18 Mac hingga 1 Mei 2016 manakala Mesyuarat Perwakilan Bahagian pula akan bermula pada 1 Ogos hingga 15 September 2016.

Insya-Allah kepimpinan baru ini dapat memperkukuhkan jentera UMNO dalam membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.