19 Januari, 2017

Penyusunan Semula FIC


Penyusunan semula Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) merupakan sebahagian daripada usaha kita untuk memperkukuhkan lagi sayap pelaburan dan perniagaan Felda.

Hasrat Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad untuk menyusun semula Ahli Lembaga Pengarah FIC sejajar dengan matlamat tersebut.

Saya percaya usaha-usaha lain akan dibuat bagi memastikan perniagaan Felda terus berkembang dan mencatat keuntungan yang akan beri lebih manfaat kepada warga peneroka.

Shares Share Kategori : Blog, Featured Articles