20 November, 2016

Perjuangan Perhimpunan Haram Pembangkang


Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah menjunjung prinsip the “Rule of Law.” Kalau tidak, negara kita akan menjadi sebuah negara yang huru hara nanti dan rakyat yang akan menderita.

Dari segi kerajaan, kita akan terus fokus kepada pentadbiran negara bagi memastikan segala program yang diluluskan akan sampai kepada rakyat.

Kita nak tunjukkan urus tadbir negara kita baik bagi meningkatkan keyakinan pada negara.

Misalnya, kita masih dalam kategori A mengikut agensi-agensi penarafan. Kalau sekiranya negara kita sedang menjurus kepada keadaan krisis ekonomi, sudah tentu agensi-agensi penarafan akan membuat penarafan yang rendah.

Badan-badan seperti IMF, World Bank akan menegur kita.Tetapi setakat ini mereka tak buat sedemikian.

Apa yang disuarakan oleh Dr Mahathir adalah cakap-cakap politik, tidak disokong dengan fakta mahupun laporan badan-badan penarafan dan institusi seperti World Bank dan IMF.

Maknanya, urus tadbir negara kita ini berjalan dengan baik. Ada kelemahan yang perlu dibaiki tetapi pada keseluruhannya kita telah menguruskan negara dengan baik yang memberi keyakinan kepada badan-badan penarafan.

Penyertaan Dr Mahathir ini, membuktikan bahawa dia akan membuat perkara-perkara yang bertentangan dengan apa yang disuarakan dan dilakukan waktu dia menjadi Perdana Menteri. “It is a long list of u-turns that he has done and will continue to do.”

Shares Share Kategori : Blog, Featured Articles