Perundingan dan Penerangan TPPA

By January 29, 2016 Blog

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik telah pun diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Tidak mudah bagi Kerajaan, terutamanya Tok Pa dan pegawai-pegawai Kerajaan, yang terlibat dengan perundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Proses perundingan bermula sejak tahun 2010 dan kita dapat lihat kesungguhan dan ketegasan mereka ketika perundingan dalam mempertahankan bukan sahaja kepentingan negara malah agenda Bumiputera juga.

Anggota-anggota TPPA kini menerima dan mengiktiraf Dasar Bumiputera sebagai sebahagian daripada terma-terma TPPA di peringkat global.

Kemudiannya diikuti pula dengan lebih 300 sesi penerangan kepada pelbagai lapisan masyarakat mengenai TPPA sehinggalah perjanjian ini diluluskan di Parlimen.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan penghargaan kepada Tok Pa dan pegawai-pegawai Kerajaan yang terlibat dalam perundingan dan penerangan TPPA atas usaha-usaha mereka.

Saya yakin TPPA akan membawa kebaikan dan memberi kesan positif jangka panjang kepada rakyat dan negara dari segi pertumbuhan ekonomi.