Perutusan Deepavali 2017

Pencapaian Malaysia yang sama-sama dapat kita lihat dan rasai pada hari ini meletakkan kita di tahap yang amat membanggakan.

Walaupun semakin hari kita semakin pantas mendaki puncak kemodenan dengan pelbagai kemudahan yang tersedia, namun keunikan budaya tetap kekal kita pelihara.

Kini Deepavali kembali, menyerikan suasana. Pelita yang dinyalakan dan kolam yang dihias mencerminkan suasana meriah dalam kedamaian.

Kemeriahan sambutan Deepavali tahun ini adalah sangat istimewa , di mana aspirasi dan azam kita diukir dalam Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) yang baru kita lancarkan.

Seperti sifat cahaya yang menerangi, kita bertekad untuk memberi impak yang positif terhadap kehidupan masyarakat India, seiring dengan kecemerlangan yang dikecapi saban hari.

Selamat Menyambut Hari Deepavali. Deepavali Vaalthukal.