20 Ogos, 2014

PLKN 2015: Semai Jati Diri, Patriotisme Dan Semangat Cintakan Negara


Semakan PLKN 2015, adakah anda telah melakukannya? 15 Ogos yang lalu, seramai lebih kurang 14,000 pelatih Kumpulan 3 Siri Ke-11 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 2015) memulakan latihan di 81 buah kem latihan seluruh negara. Sekiranya anda belum melakukan semakan PLKN 2015, anda boleh kunjungi link http://apps1.khidmatnegara.gov.my/ atau anda juga boleh melawat laman rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara http://www.khidmatnegara.gov.my/. Segala yang anda perlu tahu mengenai PLKN seperti tempat berkumpul, penempatan juga barangan yang perlu di bawa boleh didapati di laman-laman tersebut.

Program Latihan Khidmat Negara atau lebih dikenali sebagai PLKN dilaksanakan bermula tahun 2004 dengan matlamat utamanya adalah meningkatkan semangat patriotisme, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional juga membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Selama lebih 10 tahun perlaksanaan PLKN, jutaan anak-anak muda Malaysia telah berjaya mendapat manfaat menyemai jati diri dan semangat cintakan negara.

Malaysia sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020 amat memerlukan sumber modal insan yang berkualiti tinggi. PLKN memupuk dan menyemai ciri-ciri tersebut kepada anak-anak muda negara. Merekalah bakal penyambung legasi negara. PLKN membina anak-anak muda negara menjadi pemimpin masa hadapan.

Selamat menjalani Program Latihan Khidmat Negara.

Admin