Resolusi Menentang Penempatan Haram Israel

By December 24, 2016 Blog, Featured Articles

Hari ini, resolusi menentang penempatan haram Israel di bumi Palestin telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Alhamdulillah, berkat kekuasaan dan rahmat Allah SWT jua, meskipun pada mulanya berdepan cabaran apabila Mesir menarik balik cadangan draf resolusi mereka, nasib rakyat Palestin tetap akan terbela.

Malaysia, bersama tiga lagi negara yakni New Zealand, Senegal dan Venezuela setuju campur tangan dan membentangkan draf resolusi sama menuntut Israel menghentikan penempatan haram mereka.

Walaupun begitu, kita perlu melihat keputusan ini bukan sahaja dari sudut agama, sebaliknya ia juga menandakan sokongan padu komuniti antarabangsa menentang pelanggaran undang-undang antarabangsa yang dilakukan rejim Zionis melalui penempatan haram mereka.

Ini adalah satu tamparan hebat buat Israel dan kemenangan buat rakyat Palestin yang sekian lama ditindas. Insya-Allah, ini juga akan menjadi batu loncatan dalam usaha kita melihat bumi Palestin yang aman dan merdeka. Allahuakbar!

Kredit Foto: BERNAMA