Responding to Comments – The Usage of 1Malaysia Name and Logo
I respond to a question posed from Asman, regarding the usage of the 1Malaysia logo and name.
Sender : Asman
Comment :
Assalamualaikum YAB,
Saya ingin bertanya tentang penggunaan nama 1Malaysia. Sempena 1Malaysia diwujudkan, kawan saya telah menggunakan nama 1Malaysia untuk membuat satu permainan online. Adakah ini dibenarkan?
PM: Terima kasih, Asman, atas pertanyaan ini. Saya suka menyatakan bahawa tidak ada halangan pada dasarnya nama ‘1Malaysia’ digunakan. Cuma kita tentukan garis panduannya. Pertamanya, kalau hendak gunakan simbol 1Malaysia, gunakan bentuk rasmi 1Malaysia. Maknanya font 1Malaysia itu mesti dijadikan panduan dan perkataan ‘Malaysia’ di bawah diwajibkan. Dalam nombor ‘1’ itu boleh kita letakkan logo syarikat kita dan sebagainya. Itu dibenarkan.
Kedua, saya minta supaya aplikasi ‘1Malaysia’ ini ada hubungkaitnya dengan nilai-nilai aspirasi 1Malaysia. Umpamanya, satu produk atau perkhidmatan itu mestilah merupakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti, yang menunjukkan ciri-ciri yang positif dan sebagainya. Selain daripada itu, kalau ia sebuah syarikat umpamanya, nama ‘1Malaysia’ itu mesti diluluskan oleh pendaftar syarikat (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
Itulah pada dasarnya garis panduan kita, dan saya berharap bahawa penggunaan ‘1Malaysia’ ini mencerminkan apa yang dilihat sebagai ciri-ciri yang baik yang telah saya terangkan, termasuk kecekapan, kecemerlangan, meritokrasi dan sebagainya, supaya ‘1Malaysia’ merupakan satu yang tidak disalahgunakan, tetapi sebaliknya kita mendokongnya dari segi imejnya dan dari segi semangatnya.