Rumah Baitul Barokah Wal Mahabbah

By June 22, 2016 Blog

Pada petang tadi, saya telah melawat Rumah Baitul Barokah Wal Mahabbah di Sepang. Rumah ini dihuni oleh 73 orang anak-anak yang terdiri daripada anak yatim dan golongan asnaf dari seluruh Malaysia. Ada dalam kalangan mereka yang baru sahaja kehilangan ahli keluarga.

mahabbah4

Menariknya di samping pendidikan formal, sekolah ini turut menawarkan pendidikan agama dan anak-anak di sini juga diajar kemahiran vokasional seperti menjahit dan kelas bakeri. Sekolah ini diuruskan oleh 15 orang guru yang mengajar secara sukarela. Harapan saya agar anak-anak ini dapat berdikari dengan kemahiran yang telah diberi oleh para pendidik.

mahabbah1

Saya berkongsi kemeriahan Aidilfitri bersama mereka dengan membawa baju raya dan bersama menghias kawasan dengan pelita raya. Saya harap kedatangan saya dapat sedikit sebanyak menceriakan hidup dan menaikkan semangat mereka untuk menyambut ketibaan Syawal kelak.

mahabbah2

Alhamdulillah, saya telah mengumumkan dana sebanyak RM 150,000 daripada Yayasan Pencinta kepada rumah ini dengan tujuan menaiktaraf bangunan kelas bagi membolehkan anak-anak ini belajar dengan selesa. Syabas kepada Yayasan Pencinta dan sukarelawan iM4U yang bekerjasama mengindahkan kawasan persekitaran bagi memastikan anak-anak ini dapat belajar dengan suasana yang lebih baik dan kondusif.

Insya-Allah, semoga masa depan anak-anak ini terus terbela.

mahabbah3