19 Jun, 2016

Rumah Untuk Mangsa Banjir Di Kelantan


Saya masih ingat pada Disember 2014 dalam lawatan saya meninjau keadaan banjir di banjir di Kelantan, banyak rumah yang hanyut dan musnah, rosak tanpa boleh dibaiki lagi.

Sesiapa yang ada di sana, sudah tentu berasa sedih dan bersimpati apabila melihat penderitaan mangsa banjir yang ramai daripada mereka tinggal sehelai sepinggang dan hilang tempat berteduh.

Saya bersama pimpinan kerajaan ketika itu nekad bahawasanya kita perlu melakukan sesuatu bagi membantu memulihkan kembali kehidupan mereka yang terjejas.

banjir5

Alhamdulillah, setakat ini, sebanyak 844 buah rumah yang dibina khas untuk mangsa-mangsa banjir telah pun siap dengan 243 masih dalam pembinaan dan 54 lagi akan dimulakan pembinaannya tidak lama lagi.

banjir1

Kelewatan pembinaan beberapa unit rumah yang belum siap adalah akibat ketiadaan tapak, dan saya telah pastikan supaya tindakan segera diambil dan rumah-rumah ini akan disiapkan dalam masa terdekat.

Di Kuala Krai yang saya lawat dan tinjau tadi seumpamanya, seramai 31 keluarga akan dapat beraya di rumah baru mereka yang akan siap menjelang hujung bulan ini, dan 11 lagi pada bulan hadapan.

banjir3

Kerajaaan BN akan tetap akan mengambil langkah dan pendekatan yang adil kepada semua, terus membela nasib rakyat lebih-lebih lagi mereka yang ditimpa musibah.

banjir2

Shares Share Kategori : Blog, Featured Articles